Monday, September 29, 2014

Van Gaal tak faham EPL - Ruud Gullit


Ruud GullitBekas pengurus Chelsea ini telah menyelar pengurus baru Manchester United mengenai polisi pembelian pemainnya yang telah menyebabkan turun naik pasukannya itu.

Ruud Gullit telah menyelar Loius van Gaal di dalam tulisannya di akhbar De Telegraaf dengan menyatakan bahawa Loius van Gaal tidak dapat memahami permainan di Liga Inggeris.

Dengan kehilangan pemain senior di posisi pertahanan seperti Nemanja Vidic, Rio Ferdinand dan Patrice Evra, Loius van Gaal sepatutnya memfokuskan pembelian pemain pertahanan dengan membeli pemain yang berkaliber. Namun, tindakannya yang  cenderung membeli pemain di posisi penyerang menyebabkan posisi pertahanan United goyah dan van Gaal tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab itu kepada pemain muda.


Di dalam tulisannya itu, Gullit telah mengesyorkan agar van Gaal membeli pemain pertahanan semasa pintu perpindahan di buka Januari ini.

"Adalah amat pelik apabila anda kehilangan pemain pertahanan dan anda memfokuskan untuk membeli pemain di posisi penyerang. Anda sepatutnya memfokuskan posisi pertahanan terlebih dahulu. Seperti kita mendirikan sebuah rumah, aspek yang paling penting ialah asasnya. Jika asasnya (posisi pertahanan) lemah, maka keseluruhan pasukan itu turut lemah" tulisnya lagi.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget