Monday, September 29, 2014

Atlet wushu negara bebas dadah


Rentetan daripada kes dopiing tempoh hari.

Atlet wushu negara bebas dadah: Danyal
Incheon: Tiada sebarang kes doping membabitkan atlet wushu negara seperti yang didakwa sebelum ini.
Chef de Mission kontinjen negara Datuk Danyal Balagopal Abdullah mendedahkan laporan mengenai kes positif dadah yang dikaitkan dengan seorang peserta wushu Malaysia tidak wujud sama sekali.
Danyal menyatakan kekeliruan mengenai perkara itu disebabkan ‘kesilapan pentadbiran’ yang sudah diselesaikan.
“Tiada kes doping.
Tolonglah jangan bercakap mengenainya lagi,” katanya selepas menyaksikan skuad memanah recurve lelaki negara meraih pingat perak, semalam.
“Kami sudah mencabar perkara itu dan ia disebabkan kesilapan pentadbiran.

OCA (Majlis Olimpik Asia) menyatakan tiada kes dan saya fikir tiada sebarang kes perlu ditangani.
“Saya hanya perlu menyediakan kertas kerja untuk diselesaikan antara saya dengan OCA.

Kami bersih.” Minggu lalu, agensi berita kebangsaan China, Xinhua melaporkan seorang peserta wushu Malaysia antara tiga atlet yang didapati gagal dalam ujian air kencing pada temasya Sukan Asia Incheon.

sumber: myMetro


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget