Saturday, September 20, 2014

Unbeaten vs Unbeaten! Aston Villa vs Arsenal Sabtu 10 malam!





Game tumpuan untuk hari Sabtu jam 10 malam ni admin khas kan untuk Aston Villa vs Arsenal. Mungkin ada yang kata aku ni racist team EPL sebab buat post pasal Arsenal ja tapi rasanya game ni saja yang menarik untuk disaksikan.

Aston Villa ketika ini berada dalam kelas tersendiri sebab tak lagi kalah, begitu juga dengan Arsenal. Namun, prestasi Aston Villa sedikit menggusarkan Arsenal kerana Aston Villa bijak dalam merencanakan percaturan. Andreas Weimann dan Gabriel Agbonlahor masing-masing merupakan penjaring utama pasukan ketika ini dengan 2 gol untuk kedua-dua striker ini. 10 mata dalam 4 game terakhir menjadikan mereka berada di bawah Chelsea yang berkelebihan 2 mata di puncak liga.

Arsenal pula bertandang ke Villa Park dengan moral yang agak merudum kerana kekalahan keatas Borussia Dortmund dalam perlawanan Champion League lepas. Di tambah pula dengan kritikan oleh media dan penganalisis bola sepak mengenai prestasi Mesut Ozil yang mempamerkan prestasi buruk dalam perlawanan Dortmund yang lepas.

Arsenal yang mengumpul 6 mata dalam 4 perlawanan memerlukan tonik untuk bangkit semula kerana mereka hanya seri dalam 3 perlawanan sebelum ini. Aston Villa pula mahu mengekalkan rentak fantastik mereka dengan membuat 'upset' ke atas Arsenal malam ini. Semangat Aston Villa makin bertambah sejak mereka menewaskan Liverpool di Anfield.

Berikut adalah line up yang berkemungkinan besar akan diturunkan pada malam ni:


Untuk penggemar fantasy premier league, anda digalakkan untuk mengambil striker Aston Villa kerana form mereka yang agak bagus di samping Arsenal yang kerap bolos, Weimann dan Agbonlahor merupakan pilihan yang agak bijak untuk menentang Arsenal. Untuk Arsenal pula, admin still pilih Alexis Sanchez kerana work rate beliau yang gila-gila berkemungkinan besar akan menghadiahkan gol dan assist untuk Arsenal. 

Pada sesiapa yang mahu gamble, cubalah anda ambil Welbeck kerana dalam 2 game yang lepas Welbeck nyaris-nyaris nak bubuh gol. Mana la tahu hari ini merupakan hari bertuah anda? Belum cuba belum tahu? Haha!

-bergkamp-



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget