Thursday, September 18, 2014

Encik Dollah mohon dinilai di Kejohanan Piala AFF.


Sebenarnya, aku bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Encik Dollah. Beliau sememangnya memerlukan masa untuk menilai prestasi semasa anak buahnya sebelum membina satu pasukan yang mantap. Tapi apa yang aku baca ini, sememangnya agak wajar, walaupun pada dasarnya aku merasakan untuk menilai Encik Dollah pada temasya kejohanan Piala AFF pada 24 September nanti adalah masa yang terlalu singkat.

Aku berpendapat, Encik Dollah Salleh perlu diberi masa yang lama sekurang-kurangnya 2 tahun untuk dia menilai kesemua bakat-bakat muda sama ada yang bawah umur 23 tahun, mahupun bawah 20 tahun untuk diserapkan ke skuad senior. Itu tak termasuk sekali dengan mereka yang kini bermain untuk kelab di Liga Super mahupun di Liga Perdana.


Encik Dollah Salleh juga perlu diberi masa untuk menjalani beberapa kejohanan, bukan sahaja di Piala AFF semata-mata. Sebab tue masa Malaysia kalah 2-0 kepada Indonesia, aku tak rasa ralat sangat sebab skuad yang dikumpulkan itu masih baru, dan bukan 22 orang terbaik yang akan dibawa ke kejohanan Piala AFF.

Cuma satu sahaja yang aku pinta, tolonglah jangan dipilih mereka yang tidak menyerlah di Liga Super/Perdana untuk diserapkan kedalam pasukan kebangsaan. Biar banyak muka baru, muka-muka lama akan memimpin. Sepatutnya sebegitu. Itu sahaja yang aku rasakan Encik Dollah perlu perkemaskan lagi. Lain, aku rasa sepatutnya dah ok.
Memang sebelum-sebelum ini ada kritikan-kritikan pedas dan sindiran-sindiran nakal di laman-laan sosial, tapi itu perkara biasalah kan Encik Dollah. Aku pun pernah bahan Encik Dollah. Bukan sebab apa, tengok team Malaysia macam dah kelaut dah. Itu yang membuatkan peminat-peminat seolah-olah hilang sabar untuk melihat perkembangan dan peningkatan pasukan negara. Yaki, dan percayalah, Malaysia ini masih lagi ramai yang menyanyangi pasukan kita, tapi dengan satu syarat, mohon sangat-sangat, prestasi itu meningkat. Nampak perubahan dan bukan ditakuk lama. dan kepada orang-orang besar tue, sudah-sudah la berpolitik dalam persatuan. Tumpukan kepada pasukan kita ini yer.

Tolong...


Nota kaki:

1) Tahniah kepada skuad bwah 23 tahun yang sedang berjuang di Sukan Asia. Teruskan momentum kemenangan  setelah berjaya menewaskan Laos 4-0.
2) Walaupun skuad kebangsaaan U-16 tewas kepada Australia, semangat juang adik-adik kita ini sangat kita hargai. Semoga adik-adik teruskan perjuangan.

-luis Garcia-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget