Monday, September 29, 2014

Liverpool FC semakin merapu..


Luahan hati aku yang ikhlas setelah puas merenung dinding-dinding gua yang penuh gelap gulita bersama-sama rakan penyokong Liverpool yang lain. Letih wei duduk dalam gua lama-lama. Aku ingat baru ja nak keluar gua ari Sabtu lepas, malangnya, Liverpool hampess..


Bengong. 6 perlawanan, menang 2, seri 1 dan kalah 3 perlawanan. Dah setaraf kelab bawahan dan seperti Manchester United, Burnley dan seangkatan dengannya. Opss, sori. Manchester United sekarang pun dah naik dah kedudukan mereka, berbanding Liverpool.


Aku yakin, kalau perkara ini terus menerus berlaku, Brendan Rodgers akan dipecat. Percayalah. Brendan Rodgers kini perlu mengembalikan kembali moral pemain-pemain kerana daripada perlawanan yang lalu, kekalahan dengan Aston Villa dilihat masih menghantui pemain-pemain. AKu, sebagai peminat, akan terus menerus menghuni gua ini.


Adooi..

Set-set Manchester United pun dah keluar gua. Apalah nasib badan...

Sedikit recap perlawanan Liverpool menentang Everton di Anfield.








Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget