Friday, September 26, 2014

Atlet wushu lelaki Malaysia Sukan Asia positif dadah


INCHEON: Kemenangan satu pingat emas negara dalam acara wushu menerusi Tai Cheau Xuen sudah tercemar apabila seorang atlet lelaki wushu negara dilaporkan positif dalam ujian air kencing yang dijalankan Majlis Olimpik Asia (OCA).

Laporan agensi berita China, Xianhua menyebut sumber yang rapat dengan OCA mendedahkan selain atlet wushu negara, pemain bola sepak Tajikistan dan pemain tenis lembut (soft tennis) Kemboja turut didapati positif dadah.

Ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan, sebaliknya menegaskan beliau akan bertemu OCA, hari ini untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai perkara itu.

"Saya akan bertemu pegawai OCA esok (hari ini) dan kita akan cuba mencabar kesilapan

berkenaan. Saya akan membuat kenyataan mengenainya selepas itu," katanya.

Dalam skuad wushu negara, terdapat empat atlet lelaki yang mengambil bahagian dengan skuad itu akan tiba di Kuala Lumpur, hari ini selepas menamatkan acara itu, kelmarin.

sumber: Satu Arena


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget