EPL musim 2014-2015 bakal bermula dan kelihatan kesemua team dalam proses memantapkan lagi chemistry dan taktikal dalam perlawanan persahabatan.
Kali ni, aku nak ulas dan fokus kepada 5 team EPL, iaitu Arsenal, Chelsea, Manchester United, Manchester City dan Liverpool. 5 team ni akan menjadi sandaran serta bakal menggegarkan EPL. Namun sejauh manakah mereka mampu pergi?
Arsenal ternyata berada dalam kelas tersendiri. Dengan pemain tengah yang terdiri daripada midfielder versatile Aaron Ramsey, Mesut Ozil, Thomas Rosicky, Jack Wilshere dan Mikel Arteta, mereka ternyata yakin pada musim ini untuk bersaing dalam kelompok atasan. Walaupun Olivier Giroud dikatakan agak 'kayu', namun kehadiran Alexis Sanchez ternyata akan memberi saingan kepada Giroud. Yaya Sanogo yang semakin matang dalam permainannya juga mampu merampas tempat Giroud dalam kesebelasan utama. Pendek kata, kesemua pemain ini tidak dijamin tempat dalam kesebelasan utama kecuali jika mereka perform.
Liverpool pula berjaya menambat hati peminat mereka dengan mencabar kejuaraan yang selama ini hanya didominasi oleh Manchester City, Manchester United dan Chelsea pada musim-musim lepas. Permainan yang menarik (semestinya peranan Luis Suarez dipuji), kekuatan skuad yang stabil memberi mereka keyakinan pada musim ini. Ditambah pula dengan kehadiran beberapa pemain yang bagus seperti Lazar Markovic, Adam Lallana, Dejan Lovren dan ramai lagi membuatkan mereka yakin mampu untuk mencabar kejuaraan lagi pada musim ini. Liverpool walaupun ketiadaan Luis Suarez, namun Brendan Rodgers ternyata mempunyai ramuan tersendiri. Kematangan Raheem Sterling dan Phillipe Coutinho sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat Liverpool (terutamanya admin Luis Garcia).
Manchester United perlu melupakan kenangan pahit musim lepas ditangga ke-7 dengan menumpukan sepenuhnya pada kejuaraan liga. Satu kelebihan di situ kerana pasukan-pasukan diatas perlu bermain dalam Champion League, yang mana faktor keletihan akan menjadi faktor utama permainan berjalan. Wayne Rooney pula menggalas tanggungjawab menjadi kapten pada musim ini. Bagi aku, skuad Manchester United musim ini sangat bermotivasi untuk bersaing dalam kelompok atasan liga dengan kehadiran Louis Van Gaal ternyata mempunyai idea yang menarik untuk mengeluarkan potensi setiap pemainnya. Walaubagaimanapun, tiada manager yang betul-betul berhati besar untuk mengungguli EPL walaupun mempunyai reputasi hebat di luar England. Aku respek LVG dari dia jadi manager di Bayern lagi tapi EPL bukan liga picisan lagi. Kelab-kelab pertengahan dan kelab bawahan sudeah bersedia untuk menjadi 'Giant Killing' kerana EPL penuh dengan KEJUTAN.
Kelab manakah yang akan menjadi sandaran untuk menjadi juara? Tiada jawapan yang boleh aku bagi. Tunggu sajalah liga start, sebab semua orang dah tahu yang tahun ni EPL akan menjadi lebih AWESOME!!!
-bergkamp-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop