Tuesday, August 19, 2014

Fabregas berasa bertuah ke Chelsea....


Cesc Fabregas berasa sangat bertuah kerana menyarung jersey Chelsea musim ini dan berasakan dirinya dihargai dan bertuah. Malah dengan kemenangan Chelsea ke atas Burnley semalam menunjukkan beliau masih memiliki sentuhan emas di Liga Perdana Inggeris.

Cesc sebenarnya tidak pernah langsung terlintas untuk bersama Chelsea setelah Chelsea dilihat seteru utama Arsenal. Namun itu telah mengubah segalanya setelah Wenger tidak berminat dengan Cesc ketika beliau ingin keluar daripada Barcelona. Jose Mourinho melihat ia suatu peluang keemasan setelah meastro Chelsea, Frank Lampard meninggalkan Chelsea.


Cesc Fabregas menghabiskan 8 tahun bersama Arsenal dipermulaan kariernya, kini berjaya memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan jayanya dengan 2 hasil lorongan yang membawa kepada jaringan kepada Chelsea.

"Sebenarnya saya tidak menyangka akan ke Chelsea, tetapi sukan bola sepak adalah sesuatu yang sukar dijangkakan. Kini saya di Chelsea dan saya akan memberikan sepenuh perhatian dan khidmat saya kepada kelab. Dan saya berasa sangat gembira." ujar Fabregas semasa ditemuramah wartawan.


Chelsea yang pada mulanya ketinggalan dengan satu jaringan oleh Scott Arfield dan Diego COsta.
Kemudian, Cesc Fabregas mencuri tumpuan dengan corak permainan menarik malah menghasilkan assist sehingga Andre Shurrle menjaringkan  kedua. Malah Cesc juga melakukan sepakan sudut yang menyumbang kepada gol ke 3 yang disempurnakan oleh Branislav Ivanovic.

"Sehingga sekarang, saya berasa sangat gembira malahan pasukan, staf malah pengurus juga baik terhadap saya. Saya berasa sangat dihargai semenjak hari pertama lagi saya di Chelsea. Saya berharap, musim ini menjadi musim terbaik Chelsea.

Fabregas juga turut dipuji oleh Jose Mourinho selepas perlawanan Chelsea-Burnley yang mana Chelsea menang bergaya terhadap lawannya itu.

-luis Garcia-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget