Monday, June 2, 2014

Selamat TInggal Sepanyol : David Villa

Penyerang Sepanyol, David Villa dilihat tidak akan menyambung karier bola sepak beliau di Atletico Madrid dan akan menyertai kelab luar daripada Sepanyol, New York City FC.

"Ini merupakan suatu keputusan yang sukar untuk saya dan keluarga saya, namun tawaran tersebut begitu baik. Dan inilah dunia bola sepak. Saya terpaksa menerimanya." kome Villa apabila dikaitkan dengan perpindahan beliau ke liga MLS.

"Ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyokong saya sehingga kini" kata Villa kepada website Atletico.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berada di Atletico dan kepada mereka yang menginginkan saya agar kekal di Atletico seperti Diego Simeone dan barisan kejurulatihan."

David Villa menyertai Atletico Madrid dengan perpindahan percuma dari Barcelona. Villa menghabiskan 3tahun bersama Barca setelah melengkapkan perpindahan dari Valencia dengan nilai £34m pada tahun 2010.


Rekod David Villa diperingkat antarabangsa agak begitu hebat dengan 94 caps Sepanyol dengan 56 gol, dan membantu Sepanyol memenangi Kejohanan Eropah 2008 dan Piala Dunia 2010. Walaubagaimanapun pada Euro 2012, beliau tidak bermain kerana patah kaki.


Antara rekod Villa diperingkat kelab dan antarabangsa:

  • Real Zaragoza: Copa del Rey (2003-04), Spanish Super Cup (2004-05)
  • Valencia: Copa del Rey (2007-08)
  • Barcelona: La Liga (2010-11, 2012-13), Champions League (2010-11), Copa del Rey (2011-12), Spanish Super Cup (2010-11, 2011-12), Club World Cup (2011-12), Uefa Super Cup (2011-12)
  • Atletico Madrid: La Liga (2013-14)
  • Sepanyol: Euro 2008, World Cup 2010
 sumber: BBC, Daily Mail, The Guardians

-luis Garcia-
Recent Comments Widget