Ok. Hari ni aku nak cita sikit pasal isu kontrak secara rawaklah. Nak cerita detail pun bukanlah expert sangat. Tapi secara rawak ni boleh lah.
Disebabkan timbulnya isu dan kes seperti Gary, Faizul Hussin dan sebelum itu Amirulhadi.
Sebagai pemain bola sepak atau atlet sukan lain, mereka juga seperti pekerja macam kebanyakan rakyat Malaysia yang terikat dengan kontrak. Cuma bezanya, atlet sukan, kontraknya berdasarkan tahun. Contohnya mereka di ikat selama 3 tahun. So, dalam masa 3 tahun, atlet tu milik sepenuhnya kelab itu dan tak boleh melanggar kontrak. Jika langgar kontrak, maka, dia akan di denda.
Sebelum kita pergi lebih dalam, ada baiknya kita faham itu definisi atau maksud kontrak.
Definisi Kontrak
Merujuk kepada seksyen 2(h) AK 1950 maksud kontrak ialah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ia adalah perjanjian yang akan mengikat pihak-pihak yang berkontrak. Jika ada pihak yang tidak menepati perjanjian ini, maka pihak lain boleh dan berhak mengambil tindakan undang-undang.
Pembentukan Kontrak
Sesuatu kontrak terbentuk samada secara mudah atau kompleks. Pembentukan kontrak mudah tidak melibatkan formaliti tertentu. Contoh kontrak mudah ialah kontrak yang dibuat secara lisan atau tersirat daripada perlakuan pihak-pihak yang berkontrak.
Bentuk kontrak yang bersifat kompleks pula ialah kontrak yang dibuat dengan teliti dan secara bertulis. Contoh yang jelas ialah kontrak jual beli rumah yang dimasuki oleh pembeli dan pemaju perumahan di mana dokumen-dokumen tertentu diperlukan.
Bukan semua perjanjian merupakan kontrak, tetapi semua kontrak adalah perjanjian. Perjanjian akan menjadi kontrak sekiranya ia memenuhi elemen-elemen kontrak yang ditetapkan. Jika di dalam mana-mana perjanjian terdapat sesuatu yang tidak mematuhi atau bertentangan dengan mana-mana elemen tersebut, perjanjian itu bukanlah kontrak dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum satu perjanjian diiktiraf dan dikuatkuasakan merupakan;
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
- Tawaran
- Penerimaan
- Balasan
- Niat mewujudkan perhubungan yang sah dan diiktiraf undang-undang
- Kebolehan memasuki perjanjian kontrak
- Kepastian syarat dan terma kontrak
- Kehendak bebas (bukan disuruh atau dipaksa)
Sekarang kita ambil contoh kes Gary. Kita ambil kes simple je yang mana Gary didenda sebab tandatangan 2 kontrak dengan Pahang dan JDT.
Gary pada awalnya telah tandatangan kontrak dengan Pahang. Kemudian entah macam mana, dia boleh pula tandatangan kontrak dengan JDT. Di sini kita dah nampak 2 kesalahan Gary. Gary awalnya sudah terikat dengan Pahang dan mengikut syarat kontrak maka terjadinya :-
- Tawaran
- Penerimaan
- Balasan
- Niat mewujudkan perhubungan yang sah dan diiktiraf undang-undang
- Kebolehan memasuki perjanjian kontrak
- Kepastian syarat dan terma kontrak
- Kehendak bebas (bukan disuruh atau dipaksa)
Sememangnya dalam tandatangani kontrak tersebut, Gary berada dalam keadaan waras dan kehendak bebas. Jadi kenapa ini berlaku? Berkemungkinan, gaji yang di tawarkan JDT lebih dari apa yang di tawarkan oleh Pahang. Sebagai seorang pekerja, tentunya kita akan memilih untuk sesuatu yang lebih baik bukan? Berkemungkinan itulah pilihan Gary. Tak salah kita memilih sesuatu yang lebih baik. Cuma yang menjadi kesalahan bila ada 2 kontrak. Kalau kita sebagai pekerja biasa pun untuk menamatkan kontrak kita, kita perlu beri notis antara 1 bulan hingga 3 bulan berdasarkan Surat Tawaran yang telah kita tandatangan.
Tetapi untuk kes atlet, atlet perlu tunggu hingga kontrak tamat ataupun perlunya ada tebus kontrak. Untuk menebus kontrak pasukan lain perlu membayar sesuatu amaun yang tercatat di dalam kontrak. Untuk contoh, katakanlah, atlet hanya akan di lepaskan dengan harga RM10,000.00. Klausa ini di panggil Release Clause. Untuk mengaktifkan Release Clause ni, sesebuah kelab perlulah mencadangkan harga 'belian' pemain itu. Biasanya pemilik kelab pemain tersebut tidak akan menyebut jumlah itu. Kelab yang membuat tawaran akan membuat satu tawaran dahulu dan jika di persetujui maka, pemain itu akan di lepaskan.
Ini aku terangkan secara ringkas je. Kalau salah harap maaf ye.
Bagaimana nak elakkan perkara ini terus berulang kepada atlet? Secara mudahnya, setiap atlet perlulah ada ejen supaya ejen tu boleh menerangkan kepada pemain apa yang terkandung dalam kontrak. Ejen pun hendaklah faham kontrak. Janganlah nak kejar duit semata.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit