Monday, June 2, 2014

Fabregas akan kembali ke EPL..


Fabregas dilihat akan kembali ke Liga Perdana Inggeris tapi bukan ke Arsenal, tetapi berkemungkinan kelab Liverpool, Manchaster City mahupun Chelsea akan menjadi destinasi beliau. Terkini, kelab-kelab tersebut telahpun menyatakan kesediakan untuk menyediakan £30 juta bagi mendapatkan khidmat Cesc Fabregas.



Fabregas yang kini berada di London untuk penggambaran iklan "Beat by Dre" hujung minggu ini dilihat tidak mendapat perhatian daaripada Arsene Wenger. Mengikut Daily Mail, kelab Arsenal lebih mengutamakan pemain "defensive Midfield" berbanding posisi "attacking midfield".  Posisi tersebut dilihat telahpun diambil alih oleh Santi Carzola dan Mesut Ozil. Malah Sven Bender, pemain dari Borussia Dortmund lebih menarik perhatian kelab Arsenal.


Liverpool telahpun mendapatkan Rickie Lambert daripada kelab Southampton dan kini berminat untuk mendapatkan beberapa pemain lagi iaitu Dejan Lovren, Adam Lallana (Southampton) dan juga Alberto Moreno (Sevilla). Dengan tambahan pemain seperti Fabregas ke dalam skuad Liverpool, dilihat akan memperbagaikan bentuk serangan Liverpool dalam menghadapai musim 2014/2015.

sumber: Daily Mail

-luis Garcia-

Recent Comments Widget