Mendukacitakan. Ricardo Montolivo dijangka tidak akan beraksi dalam piala dunia kali ini berikutan insiden di Craven Cottage Stadium yang menyaksikan Montolivo patah kaki (tulang tibia) ketika dalam perlawanan persahabatan bertemu Ireland.
Montolivo sememangnya bernasib malang. Bagaimanapun, Italy mempunyai pool player yang agak banyak untuk dipilih khususnya pemain tengah. Montolivo dipilih sebagai 1st eleven oleh Cesare Prandelli dan insiden ini membuatkan Prandelli pening kepala untuk mencari penggantinya.
Montolivo agak perlahan corak permainannya. Beliau tidak banyak membantu dalam perlawanan dan sukar untuk diharapkan dalam situasi penting. Ramai pemerhati bola sepak melihat Marco Verrati lebih sesuai untuk menjadi 1st Eleven Italy daripada Montolivo untuk piala dunia kali ini.
Mungkin ada yang membantah apabila pendapat ini dikemukakan, namun Montolivo tidak lah begitu menyerlah berbanding pemain-pemain tengah Italy yang lain seperti Luca Cigarini, Giacomo Bonaventura dan Alessandro Florenzi. Mereka mungkin bukannya STAR player, tetapi mereka menampakkan kualiti dalam permainan mereka di peringkat kelab selama 2 tahun kebelakangan ini. Sebaliknya, Montolivo lebih senyap dan sumbangannya di AC Milan juga tidak lah begitu banyak.
Giacomo Bonaventura (kiri) |
Alessandro Florenzi (kanan) |
Luca Cigarini (kiri) |
Namun, ini hanyalah sekadar pendapat. Cesarre Prandelli perlu berubah untuk tidak memilih favorite player untuk skuad Italy. Italy mempunyai kualiti dan mereka mampu pergi lebih jauh. Sebagai negara yang mengamalkan tactical battle di atas padang, Italy perlu lebih menyerlah, dan perubahan perlu dilakukan.
-bergkamp-