Real Madrid mengesahkan bahawa mereka sememangnya King of Europe dengan mengalahkan Atletico Madrid 4-1.
Jentera serangan Real di barisi oleh:
Casillas, Carvajal, Varane, Sergio Ramos, Fabio Coentrao (Marcelo 59), Modric, Khedira (Isco 59), Di Maria, Bale, Benzema (Morata 79), Ronaldo
Manakala Atletico di barisi oleh:
Courtois, Juanfran, Miranda, Godin, Filipe Luis (Alderweireld 83), Raul Garcia (Sosa 66), Gabi, Tiago, Koke, Villa, Diego Costa (Adrian 9).
Perlawanan yang di dahului oleh Atletico Madrid pada minit 36 oleh Godin sehingga ke minit 90 yang mana perlawanan seakan di menangi oleh Atletico.
Namun, Sergio Ramos menidakkan peluang Atletico dengan menjaringkan gol pada minit ke 90 yang membawa kepada masa tambahan.
Perlawan terpaksa di teruskan ke masa tambahan. Sepanjang masa tambahan, Real terus ganas mengasak kubu Atletico dan pertahanan Atletico gagal menepis asakan Real dan terus menerus membuat kesilapan.
Bale menambah derita Atletico dengan menjaringkan gol hasil sepakan Di Maria yang terkena Cortuis dan memberi peluang terbuka kepada Bale untuk menterjemahkannya.
Marcelo kemudian memalukan Atletico dengan membawa bola secara solo tanpa di halang oleh mana-mana pemain Atletico selepas Ronaldo memberi umpanan kepadanya semasa sepakan percuma.
Cortuis seolah dapat membaca sepakan Marcelo namun tangannya terlalu panjang dan bola melewati sikunya.
Ronaldo kemudian menyempurkan malam gemilang Real dengan menyempurnakan penalti setelah dia dijatuhkan di kotak penalti.
Full Highlight