Setelah berehat, stylosport datang dengan membawa lagi berita terkini mengenai skuad piala dunia. Kali ini admin nak fokus untuk team underdog yang sedang meningkat naik, iaitu Costa Rica.
Costa Rica melangkah ke piala dunia dalam keadaan ketiadaan pemain-pemain yang ternama. Dikatakan mereka bermain dalam satu unit pasukan yang baik. Ketua jurulatih Los Ticos, Jorge Luis Pinto telah menjalankan tugas dengan baik sekali untuk pasukan ini.
Costa Rica mengamalkan corak pertahanan 3 defender, dengan winger yang bergerak ke atas dan ke bawah, membantu dalam serangan dan juga pertahanan. Dengan skuad yang dikatakan agak muda dan dinamik, Costa Rica mampu untuk memberikan saingan dalam peringkat kumpulan nanti.
Berada dalam kumpulan D, peminat bola sepak sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku pada Costa Rica kali ini. Kumpulan 'MAUT' ini adalah terlalu berat untuk Costa Rica melangkah jauh kepusingan kalah mati. Harapan pada Costa Rica tidaklah terlalu besar, dan hanya keajaiban sahaja yang boleh membantu Los Ticos ini jika mahu melangkah lebih jauh.
Untuk key player pula, sudah semestinya disandarkan kepada pemain Fulham ini, Bryan Ruiz. Di Fulham, Bryan Ruiz menunjukkan peningkatan dalam permainannya dan kerap membantu dalam serangan terutamanya dalam membuat hantaran-hantaran berbahaya. Bryan Ruiz turut menjadi ayam tambatan untuk menjaringkan gol. Walaupun Fulham telah turun dari EPL, namun keupayaan Bryan Ruiz dalam mengemudi jentera serangan pasti tidak boleh dipandang rendah. Berganding bahu bersama penyerang Arsenal Joel Campbell di Costa Rica, duo attacking mind ini perlu diberikan perhatian.
Harapan pada COsta RIca tidak terlalu tinggi, malah mungkin tiada satu pun harapan disandarkan kepada mereka. Namun, bola sepak mempunyai sejarah tersendiri. Negara kuasa besar bola sepak tidak mempunyai 100% peratus kemenangan. Yang paling penting, 'tiada perkara yang mutlak dalam pertandingan'.
-bergkamp-