Wednesday, May 28, 2014

Pick of The Day: Croatia


Sebagai salah negara yang aktif dalam kancah bolasepak dunia, Croatia boleh juga dianggap sebagai 'dark horse' untuk piala dunia kali ini. Melihat kepada rekod mereka di Euro dan piala dunia, kehadiran mereka sudah pasti meresahkan. Mereka mempunyai koleksi pemain yang bagus dan key plaiyer untuk kelab masing-masing seperti Darijo Srna, Ivan Rakitic, Luka Modric dan yang terbaru, iaitu bintang muda yang sedang meningkat naik di Inter Milan, iaitu Mateo Kovacic.

Croatia XI4 Croatia: World Cup 2014 Team Preview

Skuad kendalian Niko Kovac akan tiba di Brazil dengan keyakinan yang tinggi untuk kempem piala dunia kali ini. Dengan skuad yang dikatakan seimbang dari segi pertahanan dan serangan, Niko Kovac percaya yang mereka mampu melangkah jauh kali ini.


Walaupun sekumpulan bersama Brazil dan Mexico, Croatia tidak gentar. Niko Kovac berani mengubah taktikal kerana kelebihan pemain yang ada dalam skuadnya kali ini. Dengan Mario Mandzukic yang rajin dihadapan, Niko Kovac perlu menggunakan sebaik mungkin striker Bayern ini untuk mara ke peringkat seterusnya.

world cup draw fifa Guide to All 32 FIFA World Cup 2014 Teams: Key Players, Predicted Line Ups & More

Untuk key player pula, Croatia mempunyai Luka Modric. Dengan motivasi yang tinggi dan peningkatan permainan ketika berada di Real Madrid, ia menjadi platform terbaik bagi Modric untuk membuktikan pada dunia kehebatan Croatia. Industrious midfielder ini mempunyai vision yang diingini Niko Kovac dan khidmatnya untuk supply ball dan killer pas kepada Mandzukic akan menjadi perhatian.

Modric Key Croatia: World Cup 2014 Team Preview

Admin juga meminati Croatia, tapi bukan kerana Luka Modric, tapi kerana koleksi pemain yang mereka ada. Dengan adanya Dejan Lovren yang beraksi cemerlang dengan Southampton, admin percaya yang Croatia boleh pergi jauh. Tak percaya? Kita tengok nanti. Hehe~

-bergkamp-
Recent Comments Widget