Pertarungan antara Real Madrid vs Atletico Madrid ini boleh diibaratkan seperti Son Goku vs Bezita. Hehehe. Pertarungan yang amat menarik antara jiran ini pasti akan menggamit hati penonton pada pagi ini.
Real Madrid pasti akan menurunkan barisan terkuatnya dan seperti yang telah dijangka, Ronaldo dan Gareth Bale telah lulus ujian kecergasan dan akan mengemudi jentera serangan Real Madrid.
Atletico Madrid pula kelihatan tempang apabila pemain terbaik mereka, Diego Costa dikatakan bergelut untuk cergas menjelang perlawanan ini. Walaubagaimanapun, harapan disandarkan kepada David Villa dan Arda Turan untuk mengemudi serangan.
Bagi admin, harapan yang sebenar disandarkan kepada penjaga gol kedua-dua pasukan, iaitu Iker Casillas dan Thibault Courtois. Penjaga gol bertaraf dunia ini sememangnya mampu mengubah permainan dan bagi admin, Courtois akan menjadi key untuk Atletico muncul sebagai juara.
Prediction: Real Madrid 2-3 Atletico Madrid
-bergkamp-