Hari ni admin nak sembang sikit pasal kekalahan Manchester United ke atas Sunderland. Sekali lagi admin ulang, Sunderland. Bukan hari ni admin nak kata macam-macam terhadap Manchester United, tetapi sekadar memberi pendapat.
Dalam game tersebut United gagal memanfaatkan kelebihan di tempat sendri, sebaliknya dimalukan Sunderland yang berjuang untuk lari dari zon penyingkiran. Pemain terbaik EPL bulan April lalu, Connor Wickham sekali lagi memainkan peranan dengan membuat hantaran cantik kepada Sebastian Larsson untuk gol tunggal perlawanan dengan volley yang cantik.
Volley Sebastian Larsson yang menewaskan de Gea |
Ya, United menguasai perlawanan dengan 68%, tetapi jika tak ada gol, tak ada makna pun. Sama seperti Barcelona dan Bayern Munich, walaupun menguasai perlawanan tetapi jika tak menjaringkan gol, penguasaan bola tu sia-sia sahaja. Sebaliknya, pihak lawan yang jarang memegang bola pula memanfaatkan peluang.
Manchester United adalah kelab juara, yang admin rasa memang sangat hebat sejarahnya. Tetapi pada musim ini, United serba tak kena. Kalah 7 game di Old Trafford, suatu angka yang amat mendukacitakan. Admin tidak menyalahkan David Moyes kerana musim pertama bagi setiap pengurus adalah untuk menguji taktikal, melihat kesemua kebolehan pemain dan melihat potensi mereka.
Lihat saja Brendan Rodgers, memulakan musim pertamanya dengan menguji sehabis mungkin pemain yang ada dalam kelab dan menggunakan dana untuk menguatkan pasukan seperti pembelian Sakho, Coutinho dan Mignolet. Kini, mereka berada di puncak, dan bakal memenangi liga jika Manchester City terlepas point.
Sebaliknya pula berlaku pada Manchester United. Musim pertama Moyes dibayangi Alex Ferguson, dan penyokong-penyokong pula mengharapkan sesuatu kejayaan pada musim pertama Moyes. Adalah sesuatu yang mustahil untuk seorang pengurus memenangi Liga atau Kejuaraan tanpa mengetahui kebolehan dan kekuatan pasukan yang dilatihnya.
Untuk Ryan Giggs pula, pada game pertama anda penyokong-penyokong United memuji anda dengan mengatakan andalah bakal pewaris Alex Ferguson, tetapi dalam game ke-2 Giggs (vs Sunderland), penyokong mula berpaling tadah. Bagi admin ini bukan salah penyokong, tetapi salah pemain sendiri. Pemain sendiri mengecewakan. Cukup-cukup la berangan nak menang title jika main macam ni.
Admin respect pada Arsene Wenger. Arsenal tetap berada di Top 4 EPL walaupun hanya menggunakan dana yang sedikit. Berada di Top 4 EPL selama 18 musim, adalah sesuatu yang jarang (atau tiada) pada pengurus-pengurus lain. Walaupun Arsene Wenger tidak memperoleh apa-apa kejuaraan dalam masa yang agak lama, namun philosophy Arsenal tak pernah berubah. Sebab itu penyokong Arsenal masih menyokong Arsenal. Arsenal adalah kelab yang stick to the philosophy dan legasi Arsene Wenger dihormati oleh pemilik kelab hingga ke supporters.
Pada pendapat admin lagi, skuad Manchester United sekarang adalah terlalu lemah untuk bersaing dengan top 5 EPL sekarang ini. Bukan top 4, top 5 termasuk Everton. EPL memang liga yang menarik, tetapi dengan kewujudan Glory Hunter, memang banyak keburukan. Sama seperti keadaan Barcelona sekarang, selepas kalah dalam Champion League, penyokong serta media mula memainkan peranan, menjual berita-berita kurang baik. Ini adalah suatu kelemahan.
Sekali lagi, ini hanyalah pendapat admin. Admin bukan penyokong Manchester United, tetapi admin hanya menyuarakan apa yang admin lihat dari kaca mata seorang peminat bola sepak. Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada Manchester City, Liverpool (especially), Chelsea dan Arsenal kerana berjaya ke Champion League musim hadapan. Kepada Manchester United pula, admin rasa pengurus perlu mengkaji semula skuad sebelum memulakan aksi pada musim hadapan. Jual saja jika perlu. JUAL!