Monday, May 5, 2014

Apa yang kau merepek nie Khairy...

Kan aku dah cakap ari tue, kita nie memang punya jati diri yang kuat. Tapi macam biasa, tak kena tempat. tengok ja kenyataan Abang Menteri kita cakap. Haih... Apa yang kau merepek nie Khairy.
KUALA TERENGGANU - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menganggap dasar pengambilan pemain naturalisasi bukan sahaja akan membunuh karier seseorang atlet atau pemain bola sepak anak watan, malah bertentangan dengan semangat kesukanan yang sebenar.
Menurut Khairy, dasar yang diamalkan di negara ini berbeza dengan apa yang dipraktikkan oleh negara luar yang mengambil pemain warganegara asing untuk beraksi bersama pasukan mereka.
Sehubungan itu, beliau tidak menyokong sebarang usaha untuk menggunakan khidmat pemain luar bagi memperkuatkan skuad kebangsaan.
"Saya secara peribadi dan dasarnya tidak menggalakkan kita memberi kerakyatan kepada sesiapa sahaja semata-mata untuk menyuruh dia beraksi untuk negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Permotoran Terengganu 2014 di sini malam semalam.
Beliau mengulas mengenai hasrat penyerang Selangor, Paulo Rangel yang menyatakan kesediaannya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan jika diberi peluang.
Khairy berkata, kes yang membabitkan pemain dari Brazil itu berbeza dengan pemain tengah Sarawak, Junior Eldstal kerana pemain tersebut dilahirkan di negara ini walaupun kemudiannya menetap di luar negara.
"Dalam kes ini, mak dia (Eldstal) juga orang Malaysia jadi ada kaitanlah. Tapi, bila kita ambil orang yang tak ada kaitan ini susahlah," ujar beliau.

Untuk pengetahuan korang, sehingga setakat ini, sudah 66% menyokong naturalisasi pemain luar. Sebenarnya aku dah agak, mesti ada kenyataan-kenyataan sebegini rupa akan keluar, cuma tunggu daripada siapa.

Hehhehehe...

-luis Garcia-
Recent Comments Widget