Tuesday, May 6, 2014

Penyokong Liverpool, 24 tahun penantian sememangnya suatu penyeksaan



Sedih, sememangnya sedih. Hanya itu saja yang mampu admin ungkapkan kepada Liverpool dan para penyokong Liverpool sekalian. Setelah mendahului dengan kelebihan 3 gol di Selhurst Park, dalam sekelip mata Crystal Palace hanya mengambil masa 9 minit sahaja untuk membatalkan defisit 3 gol tersebut. Sememangnya admin pun tersentak dengan kekuatan skuad kendalian Tony Pulis kali ini.

Liverpool yang bertandang ke Selhurst Park sememangnya bermotivasi tinggi, dengan harapan untuk memberi tekanan kepada Manchester City serta meluaskan peluang mereka untuk bergelar juara EPL. Walaupun mereka perlu menang dengan jumlah jaringan yang besar (dalam 9 gol untuk memintas Manchester City), tetapi Liverpool tetap dengan motif mereka, iaitu untuk menang.

Devastated: Suarez just couldn't compose himself after what had been an unbelievable end to the game

Wanting the ground to eat him up: Suarez was disconsolate as he watched his back four capitulate
Suarez
Admin dalam post terdahulu pernah mengatakan, NASIB juga memainkan peranan dalam bola sepak. Ya, Liverpool bermain bermati-matian untuk mendapatkan jumlah gol yang besar. Lihat saja Suarez dan Sturridge, mereka berada di segenap sudut padang dan dilihat available jika hendak menerima hantaran. Attacking play yang ditunjukkan Liverpool tidak kurang kualitinya berbanding minggu-minggu terdahulu. Namun, tak semua yang dirancang akan menjadi kenyataan. Liverpool tersentak dengan permainan Crystal Palace dalam final third.

I'm free! Suarez gave a typically industrious display, full of running and making himself available

Tony Pulis berjaya meniupkan semangat pemain-pemainnya untuk mencuba sesuatu pada 10 minit terakhir. Walaupun telah melepaskan 3 goal, namun Crystal Palace tidak melepaskan perlawanan ini. Penjaga goal Crystal Palace, Julian Speroni ternyata bermain dengan cemerlang walaupun melepaskan 3 gol. Pembaca semua jangan lupa, Crystal Palace bermain dengan sangat baik untuk 4 minggu yang lepas. Momentum permainan mereka sentiasa meningkat setiap minggu. Pada pendapat admin, dari sinilah pasukan Liverpool terlepas pandang.


9 minit sahaja masa yang diambil untuk menjaringkan 3 gol. Jangkamasa yang sangat singkat tetapi hasilnya berbaloi. Damien Delaney dan super-sub Crystal Palace, Dwight Gayle merubah mimik muka pemain serta penyokong Liverpool dengan menjaringkan gol penyamaan pada 10 minit terakhir. Di sini, admin dapat lihat Skrtel memang tidak membuat sebarang marking pada Dwight Gayle yang begitu bebas berlegar di dalam kotak penalti Liverpool. Mungkin kerana Liverpool terlalu kerap menyerang, maka pertahanan menjadi terlalu vulnerable. Crystal Palace berjaya mengambil peluang dengan menyamakan kedudukan.

Comeback complete: Goalscorer Dwight Gayle celebrates with Yannick Bolasie after netting Palace's leveller
Dwight Gayle (kiri) meraikan gol keduanya
Jamie Carragher dalam ulasannya selepas perlawanan juga mengatakan bahawa pemain pertahanan perlu dipersalahkan kerana melepaskan 3 gol dalam masa yang terlalu singkat. Mungkin apa yang dikatakan beliau tidak salah kerana Liverpool ketika bertahan pada minit-minit akhir kelihatan agak goyah. Pemain pertahanan Liverpool, Skrtel dan Sakho perlu membuat kerja rumah dan review kembali game ini jika mahu lebih solid pada masa akan datang.

Akhir sekali dari admin, Liverpool memang hard luck. Admin memahami perasaan penyokong Liverpool yang kehilangan kejuaraan liga di depan mata. Sememangnya menyakitkan. Game ni admin boleh katakan sebagai 'BRUTAL'. Musim depan, Liverpool pasti akan kembali dengan lebih garang. PASTI!!

Crystal Palace 3-3 Liverpool
Kesedihan dan kekecewaan penyokong Liverpool jelas kelihatan

-sumber gambar: dailymail+kelab peminat Liverpool
-bergkamp-


Recent Comments Widget