Apa masalah? Tak der masalah kan. Aku ok jer. Nak harap Safee Sali, penalti pun ke laut. Macam
aku cakap hari tue la. Jati diri kita tinggi sangat, tapi tak kena tempat. Betul kita kalau boleh nak pemain Malaysia sendiri mewakili Malaysia. Tapi kalau aku tengok trend bola sepak Malaysia nie, tah bila la aku nak tunggu Malaysia main World Cup.
Huhuhuhu..
Ari nie keluar statement daripada FAM yang mengatakan Rangel boleh melupaka hasrat untuk menyertai pasukan Harimau Malaya.
"Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hendak membawa
masuk pemain naturalisasi juga bukan mudah kerana proses menukar
kerakyatan seseorang pemain luar negara memakan masa yang sangat panjang" - Utusan Malaysia
Ok. Faham. So apa isunya disini? "Masa yang sangat panjang"?? Itu ja kan? Panjang tue berapa tahun? 5 tahun? 10 tahun? 15 tahun?
Korang tengok pulak regulation FIFA nie yang aku print screen.
Berapa tahun? 2 tahun jer kan. Ini regulation FIFA. Korang boleh check dekat sini. Mungkin aku punya penafsiran itu tak berapa tepat. Kalau tak tepat, tolong betulkan yer.. Aku bagi link regulation itu kat korang untuk kita fahami bersama-sama. Semak dokumen itu di
sini.
So, bagi aku ini semua mainan politik sahaja kalau tak mahu. Biasa la kan. Kalau dah tak mahu tue, macam-macam la alasan yang nak bagi. Kalau nak sesuatu perkara, yang tak betul pun boleh jadi betul. Only in Malaysia bebeh...
Aku dan krew Stylo Sport menyokong penuh naturalisasi Paulo Rangel untuk bermain dengan Harimau Malaya. Memang ada pro dan contra mengenai perkara ini, tapi bagi aku apa kesannya kepada pemain tempatan? Aku lihat persaingan akan lebih kompetatif dan lebih berkesan. Pemain-pemain tempatan pasti tidak mahu ada pemain luar menggantikan tempat mereka, dan ini akan mendorong mereka berkerja lebih keras. Kan baik kalau begitu. Yang dapat kebaikkan adalah pasukan Harimau Malaya itu sendiri.
Jadi, FAM, jangan beralasan sangat. Korang tue ramai jer orang yang hebat-hebat dari bawah sampai atas sekali. Tak kan kalau melibatkan kemajuan bola seak Malaysia ini korang tak mahu pulak?
Tepuk dada, ubah selera. Jangan dok dengan selera yang sama saja selama 30 tahun.
Hahahahhaa
-luis Garcia-