Monday, May 5, 2014

"Orang lama dalam FAM tidak mahu saya dalam FAM," kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Biasa la Tunku. Memang itu yang sebenarnya yang berlaku dalam FAM sekalarng nie. FAM nie dah 30 tahun orang yang sama. Dan dengan 30 tahun itulah mereka terdidik dengan cara dan lumrah hidup yang berusia 30 tahun. Nak ubah sesuatu yang dah menjadi kebiasaan orang lama dalam FAM, memang sangat sukar.

Aku tengok perkara ini memang dah lama. Selama mana aku kenai bola sepak, macam itu lah FAM. Tak pernah berubah. Sedih. Kalau Tunku Ismail dapat menerajui FAM, bermakna banyak nafas-nafas baru dan idea-idea baru akan berkumandang. Dan ini bererti idea orang lama tiada guna dan tiada releven lagi. Ini yang mereka takut sebenarnya.

Haih.. Dahsyat juga politik dalam FAM. Macam aku kata la, tepuk dada, ubah selera. Janganlah kita dengan selera yang sama sahaja sampai bila-bila. Buat masa sekarang, selera kita masih sama selama 30 tahun..

Hhehehehe...

‘Saya janji bawa pembaharuan’

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedar ramai orang lama dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahukannya menerajui badan induk itu.
Menurutnya, segelintir daripada mereka sukar ‘cari makan’ jika beliau menang pada Mesyuarat Kongres Pemilihan FAM 25 Mei ini.
“Saya tahu ramai orang lama dalam FAM tidak mahu saya berada dalam FAM kerana kalau saya ada mereka tidak boleh buat duit, tidak ada pendapatan sampingan, tidak ada perniagaan kerana 100 peratus dalam penguasaan saya,” katanya pada sidang media di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.
Beliau mengulangi pendiriannya sebelum ini tidak berminat dengan jawatan tertinggi FAM.
Namun menurutnya, jika terpilih sebagai presiden beliau akan membawa pembaharuan dalam arena bola sepak negara dan mengucapkan syabas jika kemenangan berpihak kepada pihak lawan.
“Jika saya terpilih sebagai Presiden FAM saya akan membawa pembaharuan dalam bola sepak negara termasuk soal akademi, pengadilan profesional dan saya tidak akan memberi alasan seolah-olah saya tidak ada bajet dan tidak akan membuang masa saya menghantar pasukan bermain di Australia.
“Saya akan fokus pembangunan bola sepak tanah air serta memastikan persatuan negeri meningkatkan standard mereka dan memainkan peranan untuk akar umbi bola sepak dalam negara,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014050423435020140504234350/Article/index_html
Recent Comments Widget