Kepada peminat bola di luar sana, satu info yang menarik pada hari ini di mana Diego Maradona mempunyai 'kembar'. Namun 'kembarnya' itu bukanlah pemain bola sepertinya tetapi hanyalah pekerja kedai sukan di Bad Dietzenbach, Jerman.
'Kembarnya' ini adalah kembar yang berlainan ibu dan juga bapa dan di lahirkan di Jerman.
Abi Atici - adalah 'kembar' Maradona sejak 20 tahun dahulu dan warganegara Jerman. Dia mula dikenali selepas menyaksikan perlawanan bola antara Bayern Munich dan Napoli pada tahun 1989 apabila gambarnya dirakam stesen televisyen yang menyatakan bahawa 'Maradona' datang menyaksikan perlawanan itu.
Terbaru, Robbie Williams yang sedang bercuti di Jerman turut di tipu dengan 'Maradona' ini dan telah memuat naik dengan bangganya dia sedang berselfie dengan Maradona di Jerman dan tidak sedar akan keistimewaan Abi Atici ini.