Carles Puyol tidak akan bermain untuk Barcelona lagi, dan kini Puyol dilihat akan meninggalkan arena bola sepak dengan persaraan.
Pemain yang berumur 36 tahun ini dilihat masih bergelut dengan kecederaan lutut, tidak akan lagi bermain untuk Barcelona lagi setelah menabur bakti selama 15 tahun bersama kelab tersebut.
Semalam, berlangsung sidang media penghargaan kepada Carles Puyol di mana Puyol dilihat menyatakan persaraan beliau dari arena bola sepak. Walaupun kontrak beliau akan tamat pada 30 June nanti, namun Puyol dilihat tidak akan membuat sebarang penampilan selepas ini. Beliau juga tidak akan mengisi bangku simpanan Barcelona untuk perlawanan penentu juara liga menentang Atletico Madrid.
" Saya tak rasa akan bermain, mahupun berkhidmat sebagai jurulatih kerana itu bukan saya minati. Saya tidak tahu mungkin pada masa hadapan, tetapi sekarang, saya lebih ingin menumpukan banyak perkara lain selain bola sepak."
Puyol telahpun bermain untuk Barcelona dan telah mengecapi 15 musim dengan 21 kejuaraan (6 La Liga, 3 Liga Juara-Juara) malah bermain untuk negara Sepanyol sepanyal 100 kali.
" Persaraan merupakan sesuatu perkara yang sukar dan terlalu emosional bagi saya. Saya datang ke Barcelona sebagai seorang kanak-kanak, dan kini bersara sebagi seorang lelaki dan berkeluarga."
" Setelah bersara, apa yang saya ingin lakukan ilalah menumpukan sepenuhnya dalam pemulihan lutut saya. Untuk pemulihan ini, saya perlu berehat."
" Agak meyedihkan apabila saya tidak dapat membantu rakan-rakan di padang bola sepak, tapi saya mengharapkan hubungan saya dengan rakan-rakan, kelab dan pengurusan sentiasa terjalain, walaupun bukan sebagai jurulatih.
Sumber : Daily Mail
-luis Garcia-