Tuesday, April 8, 2014

Terkini daripada PFSLJ (Presiden FAM Sila Letak Jawatan)



Terkini daripada PFSLJ (Presiden FAM Sila Letak Jawatan).

Nampak gayanya untuk pemilihan kepimpinan FAM semakin hari, semakin panas. Yang jelas, PFSLJ memang jelas dengan pegangannya. Yang penting President FAM letak jawatan. Nama pun PFSLJ kan, 'President FAM Sila Letak Jawatan'. Terbaca dalam harian Metro tadi pasal PFSLJ nak buat tour satu Malaysia bagi memastikan matlamat mereka tercapai, tapi apakah daya, duit tak dak.

Apapun, nasihat aku pada group PFSLJ, jangan bimbang. Kalau anda ikhlas inginkan kemajuan dalam bola sepak Malaysia, doa kami sebagai peminat marhen senantiasa bersama mu..

Heee....

Oleh Mohd Firdaus Hashim
Kuala Lumpur: Penyokong tegar bola sepak negara 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)' tidak menolak kemungkinan melakukan jelajah ke seluruh negara dalam usaha meraih sokongan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM ke-50, 25 Mei.
Tindakan itu dianggap mencontohi pendekatan Kelab Sukan Rekreasi Kebajikan Bekas Pemain Sepak Takraw Malaysia yang diketuai bekas pemain, Rommi Suhendra Norsal yang menjelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan pandangan dan sokongan ahli gabungan untuk mendesak Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail melepaskan jawatannya.
Menurut jurucakap Al Fadli Awaludin, perancangan itu bagaimanapun masih di peringkat awal perbincangan dan masih belum lagi dimuktamadkan, tetapi tidak menolak kemungkinan mekanisma seperti itu bakal digunakan.
“Kami ada juga terfikir menggunakan cara sama seperti dilakukan bekas pemain sepak takraw negara mendesak Presiden PSM melepaskan jawatan.
“Cuma masalah kami ketika ini daripada sudut kewangan.
Usaha seperti itu memerlukan perbelanjaan besar.Sebab itu kami hanya menggunakan kelab penyokong di setiap negeri menyampaikan protes kami.
“Apapun bagi kami, Tuanku Presiden mesti melepaskan jawatan yang disandangnya secara sukarela.

Mahu tidak mahu, ahli gabungan tetap akan ada mencalonkannya di atas kapasitinya sebagai golongan diraja,” katanya kepada Arena Metro.
Menurutnya, tindakan berani PFSLJ itu bukan didorong mana-mana pihak ataupun ditaja sesiapa.

“Kami mewakili suara semua penyokong bola sepak negara yang cintakan sukan ini.

Saya menafikan sama sekali jika ada yang mengaitkan kami dengan mana-mana pihak.

Apa yang jelas, selama 30 tahun FAM di bawah kepimpinan Tuanku Presiden, bola sepak kita semakin jatuh,” katanya.
Semalam, Arena Metro melaporkan reaksi PFSLJ yang tidak rela Sultan Ahmad Shah terus mempertahankan jawatan disandangnya sejak 1984 selepas Presiden FAM itu dilapor mendapat lima pencalonan daripada ahli gabungan.

Anakandanya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad meraih 12 pencalonan manakala Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula mendapat tiga.Namun, Tengku Abdullah dan Tunku Ismail difahamkan akan menarik diri sekiranya Sultan Ahmad Shah ingin mempertahankan jawatannya bulan depan.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jelajahdesakletakjawatan/Article/index_html

Tiba-tiba aku terasa nak highlight ayat tue. Haih.. Sudah-sudah la tue. Tolonglah simpati kepada kami nie, peminat bola sepak yang marhean..

huhuhuh...

-luis Garcia-
Recent Comments Widget