Tuesday, May 27, 2014

Siapa Sebenarnya IZUAN IBRAHIM...

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan nama IZUAN IBRAHIM. Siapa sebenarnya Izuan Ibrahim ini. Aku sebenarnya pun tidak mengenai beliau kerana tak pernah pun disebut-sebut sebelum ini tetapi selepas kemenangan Jepun dalam Piala Thomas, tiba-tiba namanya meniti dikalangan mereka yang meminati badminton di seluruh Malaysia dan juga mungkin diseluruh Jepun.

Kenapa Jepun? Kerana di Jepunlah Izwan atau nama panggilan beliau Abe We mencipta nama sebagai jurulatih junior pemain-pemain Jepun. KENTO MOMOTA adalah anak didik beliau yang berjaya. Hebat dan pasti bakal menenggelamkan nama-nama seperti Lee Chong Wei, Lin Dan, Chen Long mahupun Tago.
Cerita lama, ketika Kento Momoto masih lagi ketinggalan. Tapi kini....

KENTO MOMOTA di ranking ke 14. Baru berusia 20 tahun. Malaysia kat mana bro. Harap kat Lee Chong Wei sahaja...
Aku pun selidik sedikit sebanyak latak belakang Abe We daripada Abe Google. Banyak sebenarnya maklumat mengenai beliau. Tiba-tiba terpacul soalan di minda aku, adakah BAM ini buta? Aku tak mahu menuduh ataupun mahu melabel suatu persatuan yang berpengaruh di Malaysia seperti BAM sebagai buta tapi apa yang masyarakat lihat BAM sekarang nie, pasti sepertimana yang aku lihat. Buta.

Aku risau nanti ada gerakan seperti Ultras Malaya buat kepada FAM (#RombakFAM) dan ia berlaku kepada BAM. Nanti keluar pulak hastag #RombakBAM pulak.

Hehhehe..

Apapun aku cuba ringkaskan siapa Izuan Ibrahim di Stylo Sport.


 Izuan Ibrahim merupakan bekas jurulatih Nusa Mahsuri dan kini berkhidmat sebagai jurulatih Persatuan Badminton Ehime. Juga menjawat jawatan jurulatih Pasukan Kebangsaan Remaja Jepun.

Mula berminat badminton ketika berumur 11 tahun. Ketika berumur 14 tahun di sekolah menengah, Izuan mula melebarkan sayapnya sebagai pemain badminton dengan menyertai pasukan negeri Kelantan (orang Kelantan rupanya). Setelah tamat pengajian, Izuan berkhidmat sebagai guru di Selangor dan dalam masa yang sama, menyertai kelab Nusa Mahsuri sebagai pemain. 

Pernah menyertai Japan Open 2001(juara) dan Roslin Hasyim serta Hafiz Hasyim antara rakan sepermainan di Nusa Mahsuri. Pernah mendapat khidmat Misbun Sidek dan kemudian menjadi jurulatih di Nusa Mahsuri.



Izuan pernah menjadi jurulatih untuk pasukan bawah 16 tahun Selangor, bawah 19tahun pasukan kebangsaan. Malah pernah menjadi jurulatih kepada Ramdan Misbun hingga membawa kepada kejayaan pada tahun 2009 di Kejohanan Dunia Remaja. Disamping itu turut bertanggungjawab dalam penyertaan pasukan remaja di Terbuka Malaysia, Terbukan Surabaya, Taiwan dan juga Terbuka Thailand.
Pada 17 February 2011 Izwan Ibrahim dan Salim Samion telah ditawarkan untuk berkelana di Jepun sebagai jurulatih  dan Persatuan Badminton Ehime menjadi tempat yang dituju.
Apa? Salim Samion? Siapa pulak Salim Samion nie.

Aku tak sangka pulak yang Izwan ke Jepun bersama seorang lagi permata negara, Salim Samion. Nampaknya, kalau beginilah industri badminton kita, sayonara la jawabnya. Kenapa la sekarang baru aku tahu akan kenyataan ini.

Pasti akan kedengaran bunyi yang tidak enak dengan kejayaan Izuan Ibrahim sebagai jurulatih Jepun. Tetapi realitinya, kita boleh lihat sekarang.

Suka aku petik tulisan Izwan Ibrahim dalam blognya,
KINI..disinilah aku..Berdiri bukan untuk megah..Tapi berdiri untuk meneruskan minat yang permulaannya bermula dengan 1 titik kebencian..Inilah mata pencarian halal ku..Apa yang pasti aku masih mengingati JANJI aku terhadap jurulatih ku.."Coach.Tak lama lagi Wan akan jadi cikgu..Wan janji akan melatih anak murid Wan agar menjadi pemain negara 1 hari nanti seperti mana Coach mengajar kami"..Sms pada tahun 2005,semasa aku dalam bus untuk menjalani latihan di balas dengan panggilan telefon oleh insan bergelar " Coach " dengan pesanan 'selamat maju jaya'..Cukup untuk buat aku sebak dan cukup untuk aku teruskan karier ini..

Coach..Terima Kasih atas peluang serta ruang ini..Wan akan belajar sebaik mungkin dengan Hamanaka sepanjang berada di sini insyaAllah..

sumber : http://izuanibrahim84.blogspot.com/

Nampak tak nada tulisan beliau. Macam sedih ja dengan apa yang berlaku di Malaysia. Maka dengan itu, Abe We berkelana ke Jepun.

Jadi. tepuk dada, tanya orang sekeliling. Di mana kita sebenarnya.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget