Thursday, April 24, 2014

Taktik Real menjadi. Real Madrid 1-0 Bayern Munich

Dalam temuramah antara Robben dengan BBC, Robben mengatakan dia agak terkejut dengan taktikal Real Madrid dengan corak bertahan dan permainan counter attack. Mungkin apa yang diharapkan adalah, Real Madrid menggunakan taktik yang selalu digunakan, iaitu menyerang dan menyerang.

Aku rasa aku boleh faham kenapa Carlos Ancelotti menggunakan taktik sebegitu rupa. Faktur utama, penyerang yang kurang fit. Ronaldo baru sahaja pulih dari kecederaan manakala Bale demam. Kalau kita tengok gol pun, dijaringkan oleh Benzema yang mana crossing tersebut dari Coentrão.


Kalau kita tengok statistik pun, penguasaan lebih kepada pasukan Bayern. Namun, gol masih dapat dijaringkan oleh Real. Walaupun terdapat peluang-peluang keemasan oleh Ronaldo dan Di Maria, malah Bayern juga mempunyai peluang keemasan, namun tiada jaringan dapat dilakukan.

Dalam pada masa yang sama, aku ada terbaca dalam group Chelsea. Nampak seperti mereka pun tak berpuas hati dengan taktik yang dikenakan oleh Ancelotti. Katanya, apabila Mourinho pakai tenik yang sama, semua orang kutuk. Tapi bila Real pakai taktik tersebut, kenapa tidak dikutuk?

Soalan aku, ada Chelsea dapat score gol??

Hehehhehe... Jangan marah aaa... Biasa la kan. Adat. Apapun jangan bimbang. Chelsea bawak bekalan selesa kan untuk melawan Atletico minggu depan kan. Aku harap Chelsea dapat menumpukan sepenuhnya UCL kali ini dan melupakan piala EPL. Bagi ajer la EPL kat LFC ok..

Hehehhehe...

Sedikit recap daripada perlawanan tersebut...









-luis Garcia-
Recent Comments Widget