Thursday, April 24, 2014

Jadual EPL bagi perlawanan yang ke-36.... Nak habis dah musim nie..



EPL yang beralih ke game ke-36, semakin bergerak ke penghujung, dan juara nya pula masih belum kelihatan. Masih samar-samar disebalik kabus merah. Disebalik kabus merah itu, tersembunyi suatu pasukan yang menghampiri juara EPL, iaitu Liverpool FC.

EPL pada minggu ini dijangka menarik apabila kita akan melihat game yang best, iaitu antara Liverpool vs Chelsea pada Super Sunday, yang mana kita akan melihat sama ada Liverpool dapat menghampiri kejuaraan liga mengalahkan Chelsea, atau Chelsea menyekat kemaraan Liverpool dari menjadi juara EPL musim ini. Game ini pastinya menarik.

Liverpool pasti menggunakan kelebihan di Anfield untuk membenam Chelsea. Bagi admin, 2 pasukan ini memang kuat, hanya taktikal sahaja yang membezakan. Kita akan lihat bagaimana taktikal Brendan Rodgers dan Jose Mourinho dalam game ini.

Adakah YNWA dilaungkan, atau KTBFFH yang bergema? Sama-sama kita saksikan.

Tak lupa juga pada game-game yang lain, sama-sama lah kita menyokong pasukan kegemaran kita.
Let the game begin!!!


-bergkamp-

Recent Comments Widget