Vincent Tan dilihat melanggar peraturan Liga Perdana Inggeris, T12 dan T13 dengan menawarkan financial inducement atau pengaruh kewangan yang mana di luar kontrak pemain.
Menurut T12: Maklumat penuh saraan pemain, termasuk semua faedah kepada yang berhak, sama ada dalam bentuk tunai atau barangan, hendaklah dinyatakan dalam kontraknya. '
Manakala T13: 'Syarat-syarat kontrak di antara kelab dan pemain hendaklah dipatuhi dengan tegas.
'Menurut kontrak, jadual bonus yang dipersetujui dengan skuad pada permulaan musim dan diserahkan Liga Perdana Inggeris tidak boleh diubah semasa musim di bawah sebarang keadaan. '
Ini bermaksud, setiap pasukan mesti membuat jadual bonus mereka sebelum bermulanya musim. Namun apa yang berlaku, Vincent Tan memberikan pemainnya kewangan insentif untuk mengelakkan penyingkiran liga.
Pada malam Isnin yang lalu, pihak Liga Perdana Inggeris mengesahkan mereka akan menulis surat kepada Tan berkenaan perkara tersebut.
Sekiranya apa yang didakwa dan didapati Vincent Tan melakukan kesalahan tersebut, Lembaga Liga Perdana Inggeris mempunyai beberapa pilihan iaitu denda ataupun potongan mata (mungkin tiada had)
Jika perkara itu dianggap serius, ia boleh dibawa ke suruhanjaya kawal selia bebas, di mana sekatan - termasuk denda dan mata potongan - hampir tidak terhad.