Hari ni admin nak review sikit pasal game Arsenal dengan City ni. Biasa la, game yang besar macam ni atau antara top 4 EPL ni antara game yang paling menarik untuk hari Sabtu ni. Seperti biasa, analisis dan komen adalah dari admin dan tak ada pilih kasih. Team mana pun admin sapu ja. Hehe.
Arsenal, Arsenal dan Arsenal. Awal-awal half season memang gempak. Masuk half season yang seterusnya hancus. Selepas dibelasah Liverpool dan Chelsea, kini giliran Manchester City pula berhajat besar untuk membelasah Arsenal. Arsenal sekarang ni tak senang duduk disebabkan prestasi yang tak begitu baik pada bulan Februari ini.
Jika kita tengok memang ada harapan Manchester City untuk menang dengan margin yang besar SEKIRANYA Arsenal mengekalkan corak permainan yang ala-ala Barcelona ni. Jika Giroud merupakan good finisher, permainan Arsenal ternyata dapat meningkat. Sikap malas, poor finisher, sering jatuh walaupun tiada challenge dari opponent merupakan sesuatu yang perlu diubah Giroud. Admin dah post dulu pasal kelemahan Arsenal yang ketara dan disuarakan oleh peminat Arsenal sendiri dari post yang lepas.
Bagi admin, Arsenal yang bertandang di tempat sendiri akan dikalahkan. Brace yourself peminat Arsenal, sabar sajalah (termasuk admin). hm....
Prediction, Arsenal vs Manchester City, 0-3.
-bergkamp-