Bola Sepak merupakan sukan yang glamour. Dari dalam padang hingga ke luar padang. Selain skills dan teknik, kecederaan juga boleh menjadikan pemain itu glamour. Jom terjah...
Edgar Andrade
Pemain Mexico ini patah kaki semasa kelabnya, Cruz Azul menentang Tecos UAG pada tahun 2007. Bermain semula setelah berbulan-bulan lamanya.
Luc Nilis
Pemain Aston Villa ini hanya bermain 3 perlawanan dan telah cedera setelah 4 minit bermain. Patah kaki dan terus bersara. Kasihan....
Djibril Cisse
Pemain yang paling otai dalam patah kaki. Semasa bermain bersama Liverpool patah kaki kiri. Kemudian bermain untuk France, patah kaki kanan pula. Tetapi masih blh bermain sehingga kini. Salute...
Inigo Diaz De Cerio
Pada 2008, pemain ini dari kelab Real Sociedad ini cedera setelah berlanggar dengan goalkeeper SD Eibar goalkeeper Zigor. Bermain semula setelah 1 tahun berehat.
Luciano Almeida
Cedera ketika Botofogo menentang Flamengo pada tahun 2007. 5 bulan berehat dan terus pulih. Selamat...
Henrik Larsson
Berehat selama 8 bulan pada tahun 1999 dan banyak menyatakan beliau akan terus bersara. Namun miracles happen dan Larsson boleh bermain semula.
Ewald Lienen
Kecederaan yang berlainan sedikit dari yang lain. yang ini pula terkoyak peha. Pun seram juga....
Jacob Olesen
6 bulan terpaksa berehat pada tahun 2006, tetapi penyerang Denmark ini pulih dengan pantas
Francesco Totti
Lagenda Roma dan Itali ini patah kaki pada tahun 2006 semasa menentang Empoli FC
Kieron Dyer
Merupakan pemain yang selalu cedera dan mengalami patah kaki pada 2007
Alan Smith
Patah kaki semasa menahan bola sepakan John Arne Riise semasa menentang Liverpool. Bukan kerana bola sepakan Riise yang berdesup. Tetapi kerana salah landing.
Petr Cech
Sebelum tercedera, Cech memang hebat di depan gawang. Namun perlanggaran dari Stephen Hunt mengakibatkan Cech mengalami retak tengkorak kepala dan selepas di usung ke dalam bilik persalinan, Cech pengsan dan terus di bawa ke hospital.
Alf-Inge Haaland
Roy Keane adalah penyebab Haaland cedera. Bermula semasa United menentand Leeds, yang mana Haaland bermain untuk Leeds beliau telah mencederakan Keane pada tahun 1997 dan menyebabkan Keane berehat 1 tahun. Namun semasa Haaland bermain untuk Manchester City pada tahun 2001, Keane membalas dendam kesumatnya. Keane di kenakan kad merah, di gantung 8 perlawanan dan denda £150,000. Manakala Haaland terpaksa bersara pada tahun 2003 akibat kerap cedera ekoran terjahan Keane.
Eduardo Da Silva
February 2008, Eduardo yang mana antara penyerang berbisa Arsenal mengalami patah kaki akibat terjahan pertahanan Birmingham City, Martin Taylor. Berehat selama 1 tahun dan kemudiannya berpindah kelab.
DAN YANG PALING DAHSYAT DALAM SEJARAH....
David Busst
Kecederaan paling DAHSYAT dalam dunia bola sepak moden. Busst, dari Conventry City terperangkap antara tackle dari Denis Irwin dan Brain McClair dan menyebabkan kakinya patah terlipat dan darah memenuhi ruang gol. Peter Schmeichel yang menyaksikan dari depan matanya terus muntah dan mengalami ganguan saikologi dan terpaksa diberikan terapi selama berbulan-bulan. Manakala darah yang percik terpaksa dibersihkan selama 12 minit. Busst terus bersara setelah menerima nasihat doktor.