Bagi aku, malam nie perlawanan tumpuan adalah Manchester vs Manchester. Dan aku berharap Manchester akan memenangi perlawanan ini. Manchester yang mana satu?? Yang duduk bawah lah... Yang duduk atas tue biar lah kat dia..dah senang lenang kan..so kena la kalah pulak kali ini..
Hehehehehe..
Walaupun hati aku kata berat ja Manchester akan kalah, tapi aku juga mengharapkan Manchester akan menang perlawanan ini.. Bukan apa, senang sikit Liverpool nak lawan Chelsea nanti.. Hahahha..Nie la orang cakap, chain reaction. Ingat kalau minyak naik harga saja ada chain reaction, bola pun ada tau.
OK. Berbalik kepada perlawanan tumpuan malam nie, perkara pertama yang perlu disediakan adalah minuman yang memberi tenaga untuk menahan mata pagi nanti. So, aku mencadangkan Red Bull atau Livita Honey kalau nak yang sejuk lah. Kalau nak yang panas-panas, kenalah persiapkan kopi tongkat Ali atyau kopi pekat tanpa gula atau makan ja Nescafe tue mentah-mentah tanpa air... Compom anda dapat menahan diri anda daripada mengantuk.
Untuk makanan pula, pastikan anda siapkan makanan-makanan ringan untuk dimamah semasa perlawanan berlangsung. Ini adalah penting kerana kalau mulut anda sentiasa bergerak, maka mata anda akan turut serta bergerak-gerak. Jangan dilupa, megi sebungkus yang belum dibuka. Kerana mana tahukan, nanti masa tunggu half time, tiba-tiba perut tue berbunyi. Aku selalu menghadapi masalah tersebut. Dan Meggi Kari menjadi pilihan. Tak ada telur pun tidak mengapa. Janji perut tue diisi.
Pelik kan entry kali ini, tapi itulah hakikatnya sebab aku menyokong penuh Manchester yang dekat bawah. Aku sanggup meninggalkan team aku buat sementara waktu demi Manchester yang dekat bawah.
Hahahahhaha
Oleh itu, jangan dilupa temujanji kita malam ini pukul 3.45 pagi nanti. Kalau sapa-sapa ada Astro, boleh tune ke Astro Supersport pukul 3.45pagi nanti. Untuk yang streaming ikut internet, pandai-pandai lah korang cari channel. Download pandai, takan cari channel streaming tak pandai....
Hahahhahaha...