Pemain Perancis ini dinamakan Man of The Match setelah City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sunderland 3-1 dan mengondol trofi pertama pada musim ini .
Selepas Yaya Toure menjaringkan gol pertama City dan usaha yang menakjubkan dari Nasri memberi kelebihan pada City sebelum pemain gantian Jesus Navas meletakkan City dalam keadaan selesa untuk memenangi Capital One Cup.
"Saya harap , kami menang segala-galanya, " Nasri memberitahu Sky Sports 1HD . " Kami akan bersaing dalam liga , Piala FA dan kami akan cuba untuk membuat sesuatu di Liga Juara-Juara walaupun ia adalah sukar , tetapi saya berharap dengan piala ini, akan memberi keyakinan kepada pasukan dan kami akan berjuang untuk akhir musim . "
Nasri mengakui mereka sentiasa yakin untuk menewaskan Sunderland walaupun pada awalnya, Suderland terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan.
"Kami yakin, kita perlu bertenang dan kekal fokus dan permainan bola sepak kami , bermain yang tempo yang lebih tinggi dan itulah yang kami lakukan ," kata Nasri.
Sedikit bingkisan perlawanan antara Manchester City dan Sunderland.
Aksi gol pertama dijaringkan Borini..
Aksi gol penyamaan dari Yaya Toure
Samir Nasri dengan gol kedua.
Gol ketiga pada minit terakhir perlawanan dari Jesus Navas
Sumber: AP, Skysport, Dailymail, ESPN, Getty, Twitter, Andy Hooper, Reuters
-luis Garcia-