Tuesday, March 4, 2014

Jenis-jenis pengurus di EPL.


Pengurus di Liga EPL ni ada bermacam-macam jenis. Jenis provoke team lawan (Jose Mourinho), jenis diam-diam berisi (Brendan Rodgers dan Manuel Pellegrini), jenis tak pernah menang piala selama 8 tahun (Arsene Wenger), jenis selalu kena troll (David Moyes).



Tapi ada juga pengurus jenis samseng. Jarang jumpa tapi memang ada. Contohnya, Alan Pardew. Pengurus Newcastle United sekarang.



Jika tengok rekod dia dalam stadium memang agak teruk. Board Newcastle pun mengakui perangai Alan Pardew ni bukan perangai seorang manager. Berapa ramai pengurus dia cari pasal. Tak termasuk linesman lagi.

Terbaru insiden tanduk pemain Hull City. Sila tengok post yang lepas di sini. Tapi seteruk-teruk dia pun dia pandai cari player untuk Toons. Newcastle pun improve sebab dia.

Macam macam jenis....
Recent Comments Widget