Aku memilih perlawanan Manchester United vs Fulham sebagai 1st "debut entry" untuk stylosport.Kebetulan pulak team Man Utd sedang bergelut musim ni dalam mencapai prestasi sebenar.Adat la,tak selalunya kita kat atas.
Apa pun malam ni adalah misi mesti menang.Man Utd wajib mengutip mata penuh bertemu Fulham malam ini kalau masih bernafsu untuk beraksi dalam Liga Juara-juara musim depan.Perlawanan ini harus menjadi titik tolak bagi Man Utd membina momentum baru untuk pasukan.Dalam keadaan Fulham juga sedang bergelut di kelompok bawahan,United perlu mengambil kesempatan bukan sahaja mencipta kemenangan malah memperbaiki mutu permainan.Barisan pertahanan yang amat mengecewakan setakat ini harus lebih cepat,berani dan bijak menutup ruang.Kesilapan-kesilapan tak bertamadun terutama dari pertahanan kiri,Patrice Evra,perlu segera diatasi.
Alexander Buttner
Aku merasakan Moyes dah boleh kerap menurunkan Buttner di posisi tersebut.Selain itu,dengan kehadiran semula Rooney-Van Persie maka posisi sayap kanan seharusnya dikembalikan kepada Antonio Valencia.Manakala Juan Mata perlu dibiarkan bergerak bebas di bahagian tengah menyerang.Selebihnya terpulang kepada percaturan pengurus.
Gandingan yang mampu mengembalikan keyakinan United
Keseluruhannya,peminat-peminat Manchester United mengharapkan permainan yang lebih berani.Berani mencabar setiap bola-bukan dok nganga saja tengok lawan bawak bola.Berani menebuk pertahanan lawan-bukan banyak berlegar di tengah.Walaupun ramai yang kata musim ni dah tamat buat Man Utd tetapi harus di ingat,musim ini ada tak kurang dari 6 pasukan yang mampu saling mengalahkan.Jadi,jangan putus asa.
From stylosport to Manchester,
Show us spirit show some fight,
Give ur fans something to cheer,
So tonight we can sleep tight.
Hehehe....
-admin bluk-