Aku malas betul lah kalau benda nie tak boleh settle lagi. Bukan dah bagi dekat pihak polis ka untuk selesaikan perkara ini. Bagi polis settle boleh tak?
Seperkara lagi, kalau pun pihak T-Team tue dah bersumpah, apa kelebihan yang mereka dapat? Yang aku pasti, JDT dah mara dah. T-Team dah kandas.
Bukan nak sokong JDT, tapi, sekiranya T-Team rasa kes ini merupakan kes ketidakadilan telah berlaku kepada mereka, bawak kes nie ke mahkamah. Bagi hakim buat pertimbangan. Selesai masalah.
Apa yang aku tengok balik dekat sikap T-Team macam terpaksa menerima keputusan FAM, tapi dengan bab sumpah-sumpah nie, mungkin mereka manu memberitahu semua rakyat jelata seantario Malaysia yang bukan mereka yang memulakan kekacauan di Larkin lalu.
Heeeee...
Adapun tajuk muka depan KOSMO, memang membuatkan aku pandang, tak kenyit-kenyit membaca apa yang di'merepek'kan KOSMO. Hahahahaha...
Cadangan aku yang terakhir, apa kata kita ramai-ramai pastikan Kedah dapat mengatasi JDT untuk saingan Piala FA nanti. Boleh?
Hahhaha.. just for info, Aku nie geng Darulaman. Hehhehe
Biar Jasa Jadi Kenangan
-Admin Luis Garcia-