Friday, June 12, 2015

Dollah Salleh: Pemain hanya bermain 30-40 peratus daripada kemampuan asal


Wakakkakakaka....

Lawak siut aku baca BH tadi. Woi abam Dol? Ko ader kanta ukur ker sampai boleh ukur 30% hingga 40% ja kemampuan diorang semasa bermain?  Cari la alasan yang logik sikit woi. Kenapa salahkan pemain pulak?

Aku bukan nak back up player, tapi alasan yang abam Dol gunakan tue aku macam tak leh hadam la bro. Boleh dia cakap 30% hingga 40% ja keupayaan pemain semalam. Jap, nak tanya sikit, letih sebab training dahsyat sangat ker akau letih sebab main SARKAS itu hari...

Ok lah. Kita terima pakai apa yang abam Dol cakap tue. Keupayaan pemain hanyalah 30% sehingga 40% jer.. Aku nak tanya, korang pernah terfikir tak akan peminat-peminat setia Harimau Malaya, yang menyanyi, bersorak untuk meniupka semangat pemain? Korang rasa berapa peratus keupayaan peminat-peminat kat stadium semalam? Bro, non stop bro ber'chat memberi semangat. Player rehat 15 minit, diorang pun rehat 15 minit. Pastu sambung lagi untuk 45minit seterusnya. Pastue, Last minit main macam palat. Semua gara-gara nak main ala Barca.. short pass.. pastu semua jadi jahanam..

JEBON BETOI....

Aku rasa macam nak jadi Tuc Usin Ceroi pulak la pasnie, versi bola sepak. Huh..


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Perlawanan pertama Harimau Malaya ke World Cup 2018, seri 1-1.


    Seri 1-1 dengan Timur Leste. Serius aku tak faham, apa masalah diorang. Main dekat Stadium Bukit Jalil, di depan dan di hadapan penyokong-penyokong setia Harimau Malaya. Peluang yang banyak. Tapi berkesudahan hanya seri, 1-1 menentang Timur Leste.

    Kalau korang nak tahu, Timur Leste tue, liga tempatan pun tak ader, dan aku rasa liga-liga dosmestik lain seperti peringkat daerah ka, peringkat zon ka ada la kot. Entah.. Alih-alih boleh seri dengan Malaysia. Mesti diorang bangga giler.

    Kalau korang tengok game semalam, permainan Malaysia memang best, main short pass ala Barcelona, tapi asal pass jer mesti ke laut. Buget Barcelona kot... passing, cam haram..

    Sebenarnya, aku ingat menang dah semalam. Minit ke 92, dalam benak logik akal fikiran aku yang waras, memang sah, memang dah game tue. Dengan bangganya aku pun menukar chanel tv lain tengok hindustan. Dalam hati aku berkata, memang sebijik pun menang jugak. Ape de hal..

    Time aku nak tidur, aku bukak fb jap, alih-alih tengok status adik aku, katanya, "Buta ja gol last minit".. aik? Gol last minit? Gaya tulisan, macam Timur Leste yang score gol last minit tue. Aku check tenet, jahanam.... Memang gol last minit.

    Haih....

    Aku malas nak kata pa-pa dah... Ngarut dah puak-puak nie..

    JEBON BETOI...

    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels: