Thursday, October 2, 2014

Selepas demam dua hari, minyak pun naik 20 sen.


Sehari dua nie aku dah tak sempat nak update ceritera dekat Stylo Sport nie. Bukan tak mahu, tapi kelapa jem. Demam. Hari nie badan rasa macam ok sikit, walaupun demam tak la sembuh lagi, tapi kira ok la daripada hari-hari sebelumya. Alih-alih minyak naik pulak. Takan sebab aku demam dua hari, minyak naik 20 sen.

Haih...

Dalam masa yang sama, aku follow juga perkembangan semasa daripada Liga Juara-Juara, Piala Malaysia malah Sukan Asia di Korea. Kalay Liga Juara-Juara, citer pasal apa lagi kalau bukan pasal Liverpool kalah. Bengong punya Liverpool. Nasib tak bangun (memang tak boleh bangun sebab demam) tengok game Liverpool bertemu Basel. Kalah 1-0. Memalukan. Yang menariknya, gol tersebut adalah melalui set piece. Balotelli memang tak menjadi langsung.


Kes sukan asia pulak, kes doping. Pingat emas pertama Malaysia, ditarik balik. Namun rayuan telahpun dihantar kepada pihak berkenaan dan keputusan akhir dalam masa 48jam. Tapi biasa la kan, ramai yang mempertikaikan tidakkan penganjur yang melakukan proses doping tersebut malah kaedah yang digunakan juga di pertikai.


Macam-macam hal kan. Benda nie sebenarnya tak mustahil untuk atlet mengambil dadah berkenaan, ataupun tidak sengaja mengambil dadah tersebut. Tapi apa yang jelas, ujian doping ke atas Tai Cheau Xuen telahpun menunjukkan kehadiran darah terlarang. Kalau betul-betul benda ini berlaku, dan Tai Cheau Xuen sememangnya sengaja mengambil dadah tersebut, maka, disinilah berakhirnya karier beliau dalam sukan wushu. Dia dapat nama, Malaysia pun dapat nama.

huuhuh...

Tapi dalam semua-semua berita tue, ada satu berita minyak naik 20 sen yang paling menyayat hati. Aku sebenarnya lagi sedih kalau ada orang kata minyak naik nie tidak membebankan. Tak mengapa lah. Diorang orang yang senang, tak macam aku nie. Dah la baru nak kebah daripada demam, tapi nak buat camana. Musim kot. Tapi diroang ni efaham tak chain reaction terkesan daripad kenaikkan minyak ini.

Pasal minyak naik nie, aku ada beberapa persoalan, agak-agak korang boleh jawab tak? Bukan politik erk, lebih kepada bukakan minda dan luaskan pemikiran.

Soalan 1:
Selepas minyak naik 20 sen, agak-agak makanan tengah hari korang nak tapau nanti, naik tak??

Soalan 2:
Agak-agak, siaran astro sukan yang korang langgan untuk tengok bola, agak-agak akan naik tak?

Soalan 3:
Agak-agak, minyak dah naik 20 sen nie, gaji korang naik tak?? Sebab minyak naik 10%, gaji korang naik 10% tak?

Soalan 4:
Soalan terakhir untuk entry ini. Erk... lupa...

ok bai...

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    Wednesday, June 25, 2014

    Menteri cakap tiada siaran Piala Dunia masa hadapan..

    Ini bukan aku cakap, tapi Menteri, Ahmad Shabery Cheek yang cakap. Benda yang sama bila Piala Thomas tidak dapat disiaran langsungkan disebabkan RTM tiada buget.
    Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek
    Aku hairan apabila seorang yang bertaraf menteri bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan macam nie. Seolah-olah dah tak ada inisiatif langsung untuk memartabatkan sukan negara. Dulu, beliau minta maaf sebab RTM tidak dapat siarkan siaran langsung Piala Thomas yang mana Malaysia masuk akhir. Aku maafkan kau Ahmad Shabery Cheek, tapi aku sedih kerana kau seolah-olah tak ada langsung inisiatif untuk buat agar siaran tersebut dapat dilangsungkan. Last-last, KJ jugak bersuara. Dan bagi aku, KJ tak ada kapasiti langsung untuk approch Astro dalam kes siaran langsung Piala Thomas. (boleh rujuk disini)

    Terkini, Sabri bercakap mengenai Piala Dunia pula. Menurut Utusan, rakyat perlu bersedia menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan berpeluang menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia secara percuma pada masa hadapan. Ini disebabkan kos mendapatkan hak siaran eksklusif kejohanan tersebut meningkat setiap kali penganjurannya, malah Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membelanjakan RM20 juta untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2014.

    "Saya menjangkakan kos mendapatkan hak penyiaran pasti akan terus meningkat, mungkin kepada RM40 juta hingga RM50 juta pada masa akan datang," 

    Erk...

    Ahmad Shabery Cheek ooi.. kau sedar tak atas kapasiti apa yang kau bercakap ini. Kau tue MENTERI. Boleh tak kalau jangan buat kenyataan-kenyataan sebegini. Boleh??? Lepas tue kau buat perbandingan dengan penduduk Singapore dan Britain. Pandai pulak kalu buat perbandingan macam tue. Kenapa ko tak buat perbandingan daripada segi taraf ekonomi, taraf hidup masyarakat setempat, taraf intelektual penduduk. Pasai benda nie pandai kau buat perbandingan.

    Haih...

    Letih la kalau macam nie seorang menteri membuat kenyataan sebegitu dan membuat perbandingan semacam ini, jenuh la. Kan dia ada pegawai-pegawai kat kementerian, gunakan lah. Kau ada jaringan politik Malaysia, gunakan lah. Dan kau ada kapasiti sebagai menteri untuk approch penaja-penaja, gunakan lah. Aku nie blogger cap ayam jer. Takan itu pun aku nak cakap.

    Haih..

    Untuk yang membaca nukilan aku nie, harap korang berlapang dada, membuka mata dan sentiasa harapkan yang terbaik. Kalau tulisan aku nie lain macam sikit, aku mintak maaf ya. Aku cuma tak puas hati dengan kenyataan menteri nie sahaja. Dan ini sahaja yang mampu aku luahkan.

    Aku nak tanya korang semua, agak-agak lepas Piala Dunia nie, pastu ada perlawanan hoki Malaysia masuk Final, atau badminton, Lee Chong Wei, atau Mohd Ariff masuk final, atau sukan-sukan lain masuk pusingan akhir dan punya harapan untuk melakarkan kejuaraan, agak-agak RTM akan buat LIVE tak??

    Aku rasa....
    TARAK....
    BUGET HABIS.  
    20JUTA DAH HABIS PAKAI UNTUK WORLD CUP 2014

    haha
    hahaha
    hahahaha
    hahahahaha

    -luis Garcia-

    Labels:

    Monday, June 23, 2014

    Aku yang lemau...

    Gambar tersebut tiada kena megena dengan mood aku...sekadar penghias blog...

    Hahhahahaha..

    Aku sebenarnya memang dalam keadaan lemau semenjak seminggu dua nie. Dengan kesibukkan berkerja, audit lagi, pastu piala dunia lagi, memenang membuatkan aku berapa lemau jer seharian. Aku pun tak tahu mengapa...

    Kalau kroang nak tahu, piala dunia nie, tak ada satu perlawanan pun yang aku tonton sampai habis. Paling lama semasa England bertemu Italy. Itu pun separuh masa kedua jer. Lain-lain semua aku tengok highlight jer...

    Kata minat bole, tapi piala dunia puntak tengok.... huhuhu.. Bukan aku tak nak tengok, tapi tak berkesempatan. Tapi sekarang memandangkan perlawanan kumpulan pun dah masuk perlawanan ketiga, mungkin aku akan layan kot. Tapi, entah lah...

    Tapikan, dalam piala dunia kali ini, banyak sebenarnya kejutan-kejutan yang telah berlaku, sebagai contohm Sepanyol, Costa Rica, England dan semalam, Portugal nyaris tersingkir awal. Sebenarnya semua itu pasukan pilihan dan punya banyak bintang. Tapi apa yang menarik, star yang banyak tidak menjamin sebenarnya kegemilangan.

    Saingan Liga super pun tak kurang hebatnya. JDT sepatutnya dah boleh bergelar juara, tetapi dengan kemenangan Selangor baru-baru ini, JDT masih belum boleh ditabalkan sebagai juara.

    Mungkin hari nie aku akan ulas benda-benda menarik untuk korang semua..daripada kaca mata Stylo SPort..

    ps: tak lama lagi stylosport.blogspot.com akan tamat perkhidmatan dan akan diganti dengan www.stylosport.com.. hehheh


    Labels:

    Monday, June 9, 2014

    Tahniah Malaysia. Ranking FIFA turun lagi...

    Tahniah ler korang semua. Dan aku berbangga dengan kejayaan kita dipersada dunia...

    Keh keh keh...
    Kalau korang nak tahu, beginilah nasib kita di ranking dunia bola sepak. Aku nak komen lebih-lebih pun macam tak kena la pulak sebab FAM kini kan sudah dikemudi kepimpinan baru yang diterajui oleh Tengku Abdullah.

    Apa yang aku nak tahu, bagaimanakah FAM akan memperbaiki ranking bola sepak kita ini. Tak kisah la berapa lama pun korang nak ambil masa tuk memperbaiki kedudukan ini, tapi apa yang pasti, aku nak tahu aper blue print korang dalam usaha memperbaiki kedudukan Malaysia.

    Sehingga kini, aku masih belum lagi mendengar apa-apa lagi kenyataan rasmi daripada FAM mengenai usaha mereka dalam memertabatkan bola sepak setelah FAM bertukar tampuk pemerintahan. Sehingga ranking baru ini keluar, FAM masih lagi belum mengatakan pendirian mereka. Adakah ranking ini tidak penting? Kalau korang tanya aku, lagi la aku tak boleh jawab. Tapi apa yang pasti, bola sepak Malaysia masih lagi di takuk lama.

    Haiah... Aku rasa diorang tidur lagi nie. Asyik tengok perlawanan persahabatan semalam sehingga terlupa yang Malaysia kini dikedudukan 153.

    Hoi...153 dah woi....

    -luis Garcia-

    Labels:

    Tuesday, April 29, 2014

    Arbaie, si penghuni gua....

    Sambil membelek-belek hanfon Lenovo yang baru dibelinya, Arbaie kelihatan masih sunggul. Sunggul memikirkan nasibnya yang kini sudah hari ke-2 di dalam 'gua'. Dibelek lagi smart phone Lenovo model S920.

    "Memang nate Din nie, perkena aku..", Arbaie berbicara seorang diri.

    "Bodoh punya Gerrard, buat aku susah ja", katanya lagi.

    Begitulah kiranya aktiviti Arbaie sejak dua hari lepas. Ini semua gara-gara keyakinan Arbaie yang begitu tinggi hingga ke langit yang mengatakan Liverpool sudah pasti menjadi juara tahun ini. Kalau ditanya sirah Liverpool dari zaman Daglish sehingga Rodger atau dari zaman Bruce David Grobbelaar hingga Simon Mignolet mahupun dari zaman Graeme Souness hingga zaman Steven Gerrard, Arbaie dapat menjawab seperti dia makan biskut kering sahaja. Kadang-kadang sambil tidur pun dia boleh jawab soalan-soalan sirah Liverpool dengan tepat. Tapi kalau ditanya 10 sahabat nabi, berpeluh jugak la Arbaie duduk memikir. Boleh jawab, tapi tak sehebat sirah Liverpool laa..

    Apa tidaknya, kalau nak suruh Arbaie buat analisis bolasepak Liverpool, jangan kata ramalan barisan kesebelasan utama dia teka betul, pasukan yang akan bertemu dengan Liverpool pun dia tahu seekor-seekor. Siapa yang cedera, siapa yang penat, siapa yang boleh main. Semua dia tahu. Pendek kata, sekilas mata memandang, Arbaie tahu siapa yang boleh score gol.

    Tapi hari Ahad lepas, Arbaie sudah terkena. Dengan megahnya dia mencabar Kamaruddin, kawan baiknya yang Liverpool boleh menang mudah dengan Chelsea. Kamaruddin seringkali menasihati Arbaie supaya jangan bongkak sangat. Tapi bila Kamaruddin bukak sahaja mulutnya, Arbaie mesti bahan kawannya itu.

    "Kau Moyes, duduk diam. hahahahaa"

    "Moyes dok jago doh la Man U. Abe Giggs lonie. Mene kot semale.." jawab Kamaruddin.

    Walaupun Kamaruddin dah duduk dan berkerja di perantauan selama beberapa tahun, namun loghat Kelantannya masih tidak dapat diubah. Dia pernah cuba bercakap KL dengan Arbaie, tapi, malangnya, Arbaie patah tangan selepas Kamaruddin bercakap loghat Kl dengannya. Apa tidaknya, semasa Kamaruddin cuba bercakap KL dengan Arbaie semasa sedang menaiki tangga. Tiba-tiba Kamaruddin cakap KL dengan Arbaie. Terdekah-dekah Arbaie ketawa, tanpa sedar, dia tergelincir jatuh dan tanganya patah. Sejak hari itu, Kamaruddin tidak lagi cuba untuk bercakap KL.

    "Mung molek sikit Baie, kaloh male nie masuk gua kot demo. Kawe nie pun baru ja tubek semale. Mene 4 kosong. Abe Giggs jadi menager."

    "Kiranya gua kosong la sekarang nie erk. Aku tak kisah lah. Liverpool mesti menang. Main kan Anfield lagi tue. Kau ingat main kat maner? Anfield tue kubu kuat Liverpool. Suarez saja musim nie dah 30 gol. MU kat maner? Aku tak nampak dah dalam top 4 sekarang nie."

    "Bongkak demo nie. Demo tunggu la male nie. Silap-silap masuk gua kot"

    "Apa aku heran sangat gua? Setakat 3 4 hari tue selamber jer aku lepak." tegas Arbaie.

    "Kalau Liverpool kaloh, mung tidor dale stor belake tue, supa gua dah aku tengok. Denge kaburator, block engine Wira mung, tayar. Dok tiga male ka. Leh gak kemah-kemah sikit dale tue."

    "Oooo.. Aritue apesal ko tak masuk gua tue?? hahahahah.. Tak der hal lah. Seminggu pun aku boleh tidor la dalam gua tue." jawab Arbaie dengan bongkak.

    .....


    "Oi.. Tubek aaa... Sie aku tengok demo. Nie bawak masuk balik taya keto nie. semak abih dapor. Nak masak Meggi pun payah."

    "Tengok, aku boleh tahan, kau tue yang tak boleh tahan. hahahah", Arbaie ketawa girang. Girang sebab dia tak payah nak berdolak dalih dengan Kamaruddin. Girang sebab keegoannya masih terpelihara.

    "Nate bongkak" jeling Kamaruddin sambil-sambil bersiap nak masak Meggi.


    -luis Garcia-

    Labels: