Joseph Kalang Tie rebut tempat Harimau Malaya

/
0 Comments

Joseph Kalang Tie rebut tempat Harimau Malaya

Pemain yang mendapat pujian kerana aksi rajinnya ketika menentang Tottenham Hotspur tempoh hari, Joseph Kalang Tie akui terdapat persaingan sengit dalam merebut tempat dalam skuad kebangsaan ketika ini.



Pemain berusia 28 tahun itu sedar kembalinya pemain dari Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang telah menimbulkan pesaingan.

"Saya beraksi baik tempoh hari ketika lawan Spurs adalah berkat dari rakan sepasukan yang banyak membantu saya, saya jadikan itu sebagai motivasi untuk saya memberikan yang lebih baik lagi," katanya.

Joseph Kalang Tie enggan menjadikan aksi bersama Pilihan Malaysia tempoh hari sebagai sandarannya untuk mendapat slot dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan.

Pemain sayap Sarawak itu bakal berdepan saingan dari S. Chanturu dan pemain berpengalaman Amri Yahyah.

Disamping itu, pemain JDT NAzrin Nawi turut mahu memastikan dia mampu memberikan yang terbaik disamping mengekalkan konsistennya setelah dipilih sebagai pelatih ke 31 yang menyertai latihan kebangsaan.

"Saya bersyukur kerana dipilih jadi saya akan buat yang terbaik untuk mendapat tempat, apa yang penting saya perlu pastikan prestasi baik saya mampu diteruskan disamping memastikan saya akan berusaha sehabis mungkin," kata pemain berusia 27 tahun itu.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    No comments:

    LightBlog