Kes Doping Chong Wei: BAM Tunggu Maklum Balas BWF

/
1 Comments

Tarikh bagi panel mendengar kes doping jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mungkin diketahui dalam minggu ini, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Cai.

Ng berkata badan induk sukan badminton itu masih menunggu maklum balas daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"Peguam Mike Morgan di United Kingdom telah selesai membuat 'persiapan akhir' berkenaan bukti bagi panel pendengaran itu. Beliau akan berhubung dengan pihak BWF mengenai tarikh itu.

"Mungkin dalam minggu ini kita akan dapat maklumat tentang tarikh pendengaran oleh panel itu nanti. Kami tak pasti di mana panel pendengaran itu akan dibuat," kata Ng ketika ditemui pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara, Selasa.

Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lepas.

--BERNAMA


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    1 comment:

    Akif Imtiyaz said...

    Ermmm kita tunggu jer laaa nnt

    LightBlog