Wednesday, March 4, 2015

El Shaarawy mungkin akan dilelong Milan.


AC Milan dilihat kini sedang bergelumang dengan krisis kewangan yang agak meruncing dan berkemungkinan akan menjusl pemain bintang mereka seperti El Shaarawy pada penghujung musim. Malah El Shaarawy dilihat berpotnsi untuk menjana kewangan kepada Milan sekiranya beliau dijual dengan harga yang bersesuaian.

Baru sahaja berusia 22 tahun, El Shaarawy merupakan penjaring terbanyak Rossoneri pada tahun 2013. Namun disebabkan masalah kecederaan yang kerap berlaku, Shaarawy hanya mampu untuk menjaringkan 2 gol sahaja pada musim ini. 

Sungguhpun baru berusia 22 tahun, beliau mempunyai 10 cap bersama pasukan Itali dan 79 penampilan bersama pasukan ACMilan. 

Erm... Adakah beliau akan ke EPL. Kita tunggu musim hadapan...


Recent Comments Widget