Saturday, January 31, 2015

Cuadrado vs Schurrle, siapa yang lebih bagus?



Perpindahan Juan Cuadrado dari Fiorentina ke Chelsea semakin hari semakin menjadi kenyataan. Khabarnya, Fiorentina hanya akan melepaskan Cuadrado dengan release clause sebanyak 26.8 juta pound. Agak berat bagi Fiorentina untuk melepaskan bintang mereka ini namun kuasa kewangan Chelsea mengatasi segala-galanya.

Chelsea ketika ini ingin sekali untuk menguatkan lagi jentera serangan mereka dengan pembelian pemain Colombia berusia 26 tahun ini. Namun, sejauh manakah keberkesanan Juan Cuadrado pada pandangan admin dalam skuad Chelsea?



Jika nak dibandingkan Juan Cuadrado dengan Andre Schurrle, admin berasakan bahawa Andre Schurrle adalah lebih bagus berbanding Cuadrado. Mengapa? Adakah kerana Andre Schurrle adalah World Cup holder? Tidak sama sekali.

Nama Eden Hazard dan Wilian adalah sinonim selaku pemain sayap di Chelsea berbanding Andre Schurrle. Namun, berdasarkan rekod, Schurrle selalunya diturunkan selaku striker berbanding winger. Namun kekerapan Schurrle dalam 1st eleven Chelsea pada musim ini agak menurun kerana kehadiran Diego Costa dan persembahan menarik Eden Hazard sepanjang separuh musim ini.


Juan Cuadrado pula sememangnya pemain yang mampu membuat hantaran, jaringan dan juga mempunyai dribbling ability yang sangat bagus yang pernah ada dalam pasukan Fiorentina. Namun, keberkesanan Cuadrado dalam EPL masih belum dibuktikan sepenuhnya. Persembahan Cuadrado ketika Piala Dunia begitu baik sekali dengan menghasilkan 4 assist walaupun Colombia hanya bermain sehingga suku akhir.



Berbalik kepada Andre Schurrle. Walaupun Andre Schurrle hanya memanaskan bangku simpanan Chelsea, beliau tetap akan mempamerkan aksi terbaik jika dimasukkan. Finishing, pace, dribbling serta counter attack build up menjadi kekuatannya.

Admin rasa Jose Mourinho membuat pilihan yang salah kerana menjual Andre Schurrle ke VFL Wolfsburg. Selaku utility player, Andre Schurrle mampu untuk fight place dengan Willian ekoran persembahan hambar Willian ketika ini. Namun, siapa yang memahami 'The Special One'?

Untuk Juan Cuadrado, admin berharap pembelian Mourinho ini mampu untuk merancakkan lagi persembahan Chelsea dan strive untuk menjadi juara pada musim ini. KTBFFH!!

-sumber gambar: dailymail
-bergkamp-






Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels: ,

    Friday, January 30, 2015

    Hanya Liverpool kelab yang sesuai untuk Balotelli


    Hanya Liverpool kelab yang sesuai untuk Mario Balotelli, kata agen pemain tersebutMino Raiola. Menurut ESPN News, Mino Raiola berpendapat Balotelli hanya sesuai untuk kelab Liverpool melainkan Harga Balotelli meningkat antara 60 ke 70 juta Euro, dan pada masa itu, Balotelli boleh berpindah keluar daripada Liverpool.

    Mino Raiola berkata, kini Balotelli tidak boleh keluar daripada Liverpool untuk ke mena-mana kelab sama ada dlm EPL mahupun Serie A kerana contrak yang dipersetujui selama 4 tahun antara Balotelli dan Liverpool. Dalam masa 4 tahun itu, Balotelli mesti patuh dan perlu memberikan kerjasama kepada pengurusan Liverpool. Jika tidak, beliau berkemungkinan akan terus dibangku simpanan untuk selama-lamanya.

    "Perpindahan Mario ke Serie A daripada City merupakan satu kekesalan kepada saya sebagai agen pemain. Mario sepatutnya terus kekal di City daripada berpindah ke Serie A, dan kini Mario terperangkap di Liverpool selama 4 tahun." ujar Raiola

    "Di Liverpool, sekiranya anda tidak patuh atau tidak mendengar arahan daripada pengurus dan jurulatih, anda akan dipinggirkan. Dan ini yang sedang berlaku kepada Mario."

    "Mario juga faham dengan situasi beliau di Liverpool, malah terdapat perubahan daripada bentuk kehidupan sosial beliau. Dan ini sedikit sebanyak mematangkan beliau" Kata Raiola lagi.

    "Kalau dulu, semasa di City, Mario diraikan dan dipuja, tetapi tidak di Liverpool. Dan perkara ini sudah saya jelaskan kepada Mario, malah Mario memahami perkara tersebut."

    " Jalan terbaik adalah meningkan prestasi permainan dan meninggikan nilai beliau daripada sekarang hingga mencecah 60 ke 70 juta Euro. Dan pada ketika itu, barulah Mario boleh berhijrah ke kelab yang lebih besar. Tetapi, buat masa kini, hanya Liverpool kelab yang sesuai untuk Mario Balotelli."


    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Thursday, January 29, 2015

      Skill terbaik Jurgen Klinsman


      Tak tahu la skill ni memang sengaja atau tak sengaja. Tapi memang marbeles.....




      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Melbourne City FC tandatangan pemain Singapura

        Safuwan

        Dah makin maju bolasepak Singapura. Pemainnya, Safuwan Baharudin yang sebelum ini bermain bersama Lions XII kini di tandatangani kelab Melbourne City FC yang mana kelab ini dimiliki juga oleh Manchester City.

        Nama: Safuwan Baharudin

        Tinggi: 1.82m

        Berat: 68kg

        Posisi: Centre and fullback

        Tarikh Lahir: 22-9-91

        Kelab: Young Lions (58 apps, 9 goals), LionsXII (52, 11)

        Antarabangsa: Singapore (43, 2)

        Safuwan juga bakal membarisi kesebelasan utama pasukan ini dan di sahkan dalam laman web kelab ini.

        Melbourne City FC Squad:
        1.Andrew REDMAYNE (GK)
        4.Connor CHAPMAN
        5.Erik PAARTALU
        6.Aaron MOOY
        7.Iain RAMSAY
        10.Robert KOREN
        11.Damien DUFF
        15.David WILLIAMS
        16. Josh KENNEDY
        17. Jason HOFFMAN
        19. Benjamin GARUCCIO
        22. Jack CLISBY
        24. Patrick KISNORBO (C)
        25. Jacob MELLING
        27. Ross ARCHBALD
        # TBC. Safuwan BAHARUDIN
        40. Marko STEVANJA (GK)

        Bila agaknya kita nak tengok pemain Malaysia main untuk kelab utama luar negara? 

        Yang ada pun sekarang ni Ariff Zulkiffly yang bermain di liga New Zealand bersama kelab Island Bay United. Tapi sedikit sangat info tentang dia. Kalau dia bermain 1st team, kenapa tak panggil untuk pasukan kebangsaan?




        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Totti tiru gaya Ronaldo

          Roma veteran Francesco Totti mimicked Cristiano Ronaldo's roar at the Ballon d'Or ceremony


          Masih ingat lagi semasa anugerah Ballon d'Or semasa Ronaldo memberi ucapan? Di akhir ucapannya dia menjerit 'Si!!!'

          Sekarang lagenda AS Roma, Totti meniru gaya Ronaldo bersama rakannya. Hahahaa.... Haritu selfie, kali ni tiru gaya Ronaldo pulak.

          Ronaldo celebrated winning his Ballon d'Or for the second consecutive year with a loud scream



          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Santiago Bernabéu akan di kenali sebagai Abu Dhabi Bernabéu

            Real Madrid v Liverpool - UEFA Champions League Group Stage Matchday Four Group B

            Stadium Santiago Bernabéu akan ditukar nama kepada Abu Dhabi Bernabéu, menurut akhbar sukan Sepanyol AS. Laporan itu masih belum disahkan oleh Real Madrid tetapi presiden mereka, Florentino Pérez, telah di temubual di stesyen televisyen dan mengesahkan bahawa stadium itu akan di tukar nama mengikut kehendak pemengang saham kelab itu, Ipic yang berpengkalan  di Abu Dhabi.

            Real Madrid chairman, Florentino Perez speaks during a presentation of the tender winners and project details to build a new Santiago Bernabeu football stadium

            Madrid menandatangani perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada akhir Oktober 2014. Ipic memiliki syarikat petrol Sepanyol, Cepsa dan seterusnya dimiliki oleh UAE. Tiada angka diberikan tetapi Pérez dibentangkan sebagai satu perjanjian yang akan membolehkan Madrid untuk menjalankan pembangunan semula Bernabéu.

            The Bernabeu was opened in 1947 and is one of the most iconic venues in world football

            Perjanjian itu telah difahami bernilai € 3 juta (£ 2.25juta) setahun sehingga Madrid memulakan kerja, apabila Ipic akan membayar € 20 juta setahun. Madrid masih belum memberikan kenyataan, tetapi presiden kelab itu, Pérez telah memberitahu wartawan bahawa stadium itu bakal di tukar nama.

            Secara peribadi, ia adalah lebih jelas. Dalam kamera TV pertengahan November, Pérez di dapati sedang berbincang dengan Lucia Fijar, yang bertanggungjawab di dalam jabatan sukan dan pendidikan di Madrid, semasa satu acara yang dianjurkan oleh Microsoft untuk membentangkan perjanjian komersial yang pada asalnya telah disebut-sebut sebagai antara calon-calon untuk membeli hak untuk menamakan stadium. "Kami akan memanggilnya Ipic Bernabéu atau apa sahaja yang mereka mahu ... atau Cepsa Bernabéu," kata Pérez.

            Sekarang AS melaporkan bahawa stadium itu akan disebut Abu Dhabi Bernabéu. Namun keputusan muktamad masih tiada lagi.

            Sementara itu Cristiano Ronaldo telah digantung dua perlawanan berikutnya selepas menendang lawan dalam permainan La Liga hujung minggu lepas menentang Cordoba. Beliau akan terlepas permainan di laman sendiri menentang Real Sociedad pada hari Sabtu dan Sevilla pada 4 Feburuary. Dia akan kembali untuk pertemuan setempat di Atlético Madrid pada 7 Februari.


            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Arda Turan baling kasut ke penjaga garisan




              Ape masalah tah mamat sekor ni. Punyalah marah. Sampai baling kasut ke linesman. Selamat la dia baling tak tepat. Kalau tak, memang kena kad merah la. 


              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels:

                Torres kembali menyengat?


                Pantas betul gol Torres ni. Nampaknya, ketajamannya sudah bertambah baik. Tapi aku rasa, Torres memang sesuai dekat La Liga berbanding liga lain.

                Dalam perlawanan copa del rey malam tadi, Atletico Madrid tumpas 2 - 3 kepada Barcelona. Atletico Madrid juga terpaksa beraksi dengan 9 pemain setelah Gabi dan Mario Suarez di layangkan kad merah.


                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Labels:

                  Wednesday, January 28, 2015

                  Lotus berhasrat ke 'puncak' Formula 1 dengan kereta 2015

                  Lotus

                  Lotus telah mengeluarkan imej kereta baru mereka mengharapkan akan membawa mereka kembali ke "puncak sukan itu" selepas musim mengecewakan tahun lepas.

                  The E23 Mercedes berkuasa bersedia untuk berjalan pada ujian pra-musim pertama di Jerez, Sepanyol, dari 1 hingga 4 Februari.

                  Lotus merosot untuk menyelesaikan kelapan pada tahun 2014, selepas datang keempat dan memenangi perlumbaan dalam setiap satu daripada dua musim sebelumnya.

                  "Kami yakin kereta baru itu akan membolehkan lonjakan besar ke hadapan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Matthew Carter.

                  "Kami penuh keyakinan masuk ke musim baru Ia adalah masa untuk meletakkan kekecewaan musim lalu di belakang kita dan mendapat manfaat daripada 12 bulan kerja keras;. Kami bersedia untuk kembali ke tempat yang sah kami di puncak sukan itu."

                  Lotus bergelut musim lalu akibat kekurangan pelaburan pada tahun sebelumnya, yang mereka berakhir dengan kerugian sebanyak £ 64M.

                  Kewangan penyusunan semula musim lalu mengurangkan angka itu secara mendadak - pasukan yang hilang hanya £ 6 juta pada separuh pertama tahun lepas - dan pasukan telah bekerja untuk mengisi jurang yang dicipta oleh pemergian beberapa kakitangan utama.

                  Bertukar daripada Renault untuk Mercedes dominan kuasa-unit ini adalah satu lagi sebab untuk optimis di pasukan, yang melekat dengan pemandu sama barisan Perancis Romain Grosjean dan Pastor Maldonado Venezuela.

                  Pengarah teknikal Nick Chester berkata: "Ia adalah rahsia lagi bahawa kita berjuang dengan kereta tahun lepas jadi kami telah disasarkan setiap kawasan yang menyebabkan kita isu.

                  "Kami telah mencapai kemajuan yang kukuh dalam terowong angin dan juga dalam bidang-bidang seperti pembungkusan dan penyejukan. Kami menjangkakan E23 untuk melakukan ini, jauh lebih baik daripada sebelumnya.

                  "Kami banyak belajar dalam banyak bidang kereta sepanjang 2014, jadi terdapat banyak pengajaran yang telah digunakan.

                  "Kami tahu kami telah membuat satu langkah yang besar. Kita tidak akan tahu bagaimana kereta kita akan memasuki dan segi relatif sehingga kami keluar beraksi pada Grand Prix, tetapi kita mengharapkan untuk menjadi lebih berdaya saing berbanding tahun lepas."


                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels:

                    Formasi bola paling epik


                    Ni la formasi paling epik dalam dunia. Biasanya 442 ke 433 ke. Kali ni 10-0. Tapi apakan daya, formasi je gempak. Tapi kalah gak. huhuuu..



                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                      Labels:

                      Tuesday, January 27, 2015

                      Video penuh Ronaldo jadi 'homeless' timbang bola
























                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                        Labels:

                        Monday, January 26, 2015

                        Gary akan di hantar ke Borussia Dortmund


                        Gua memang tabik respek dekat TMJ la. Bukan calang-calang orang ada pemikiran tahap tertinggi macam ni. Walaupun kena denda RM100,000.00, TMJ juga menegaskan dia akan jaga kebajikan Gary.

                        Dan sekarang 3 bulan Gary tak main, di hantarnya Gary ke Dortmund. Kalau nak harap FAM? Memang bantai duit kelab je la. Memang bungkus bola sepak. Bukan nak cakap apa la, Datuk OKS di gantung tak bertali. Coach Bala, selamba di lepaskan. Frenz United selamba belasah Harimau Muda C.

                        GARY STEVEN ROBBAT AKAN BERLATIH DI BORUSSIA DORTMUND.
                        Usaha sama yang terjalin di antara pasukan Johor Darul Ta'zim bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund membolehkan Gary Steven Robbat dihantar ke sana untuk menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih mereka. Gary yang digantung tiga bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti di bawah anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berada di Jerman sepanjang tempuh pergantungan. Semoga Gary akan menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu permainan beliau dan seterusnya dapat memantapkan lagi pasukan JDT.

                        kredit: johor southern tigers


                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                          Labels:

                          Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Mohamad Azlan, Jaguh Paralimpik Malaysia.


                          Sebenarnya, aku memang terbaca dan terdengar mengenai kemalangan yang dialami oleh seorang atlit paralimpik sehari dua lepas, tapi aku cuma tak pasti siapa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Bila aku bukak news hari ini, baru aku tahu, atlit olahraga paralimpik, arwah Mohamad Azlan yang meninggal dunia dalam kemalangan baru-baru ini.

                          Ucapan takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah.

                          Memang masa sukan Paralimpik di Korea temph hari, aku memang mengikuti tambahan pula dengan kejayaan awrah Azlan dalam sukan olahraga, sangat-sangat memberangsangkan. Tambahan pula dengan tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki dalam kategori kecacatan T38 dan T36 membuktikan Malaysia sebenarnya tidak ketandusan atlit yang hebat.


                          Sebenarnya, kejayaan Azlan nie boleh dilabelkan sebagai satu rangsangan kepada atlit-atlit lain terutamanya yang sihat tubuh badan kalau nak dibandingkan dengan Azlan. Tapi itulah hakikatnya, apabila mereka yang sihat tubuh badan tanpa kecacatan tidak mampu bersaing di persada antarabangsa. Kalau nak dibandingkan dengan arwah Azlan, serupa langit dan bumi..

                          Tapi kini, hilang sudah butiran permata yang tiada nilainya, Muhamad Azlan, yang meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Seri Kembangan. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Arwah Azlan..

                          Alfatihah...

                          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                            Labels:

                            Saturday, January 24, 2015

                            Pato akan sertai QPR?


                            QPR akan cuba mendapatkan khidmat Alexander Pato yang kini dipinjamkan ke kelab Sao Paulo dari kelab Corinthians.

                            Sebelum ini pemain berusia 25 tahun ini bermain bersama AC Milan dari tahun 2007 sehingga 2012 dan menjaringkan 51 gol dari 117 penampilan. 

                            QPR akan melepaskan Adel Taarabt ke kelab Mesir, Al-Ahli bagi mendapatkan Pato


                            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                              Labels:

                              Salah dan Schurrle akan di jual


                              Chelsea akan menjual Mohamed Salah and juga Andre Schurrle bagi mendapatkan Juan Cuadrado yang bermain bersama Fiorentina.

                              Salah bakal menyertai Roma bagaimanapun akan bersaing dengan Real Sociedad yang di terajui Moyes. Chelsea akan memberi pinjaman sehingga akhir musim dengan opsyen penjualan sebanyak £11 juta.

                              Manakala Wolfsburg sanggup membayar sebanyak £23 juta bagi mendapatkan Schurrle.

                              Jika kedua-dua pemain ini berjaya di jual, Chelsea berupaya membeli Juan Cuadrado yang berharga £27 juta walaupun Fiorentina sedaya upaya tidak menjual pemain itu.



                              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                Labels:

                                Apabila Ronaldo membuat kejutan kepada peminatnya


                                Bukan sahaja di sukai di dalam padang. Malah di luar padang juga, dia di sukai oleh ramai orang. Ronaldo sememangnya menghargai peminatnya tidak kira peringkat umur terutama sekali peminat kecilnya. Walaupun hanya menghadiahkan sebiji bola, namun ianya cukup bererti buat peminat kecil ini


                                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                  Labels:

                                  Friday, January 23, 2015

                                  Whatsapp Web - aku da pakai!!!



                                  Off topik sekejap. Bagi sesiapa yang hidupnya 99% bergantung dengan Whatsapp, dan kalau time kerja penat kepala dok asik tengok handphone, maka berubahlah kamu ke Whatsapp Web. Sonang koje korang sume. Tapi masalahnya bila kita pergi toilet. Kot ada orang nak sailang, make sure lock pc dulu. Kalau tak, memang kena sailang la.

                                  Apa yang korang perlu buat untuk gunakan Whatsapp Web?

                                  1stly korang kena update Whatsapp dalam handphone korang. Bila da update, buka Whatsapp dan klik setting. Cari Whatsapp Web macam gambar kat bawah ni.


                                  2ndly, buka website https://web.whatsapp.com/. Then, scan logo ni dekat Whatsapp Web.



                                  Bila da scan, trus je dia detect and boleh trus wasap........Terbaik broooo....



                                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                    Labels:

                                    Sterling dirogol Terry tengah padang.





                                    Hahahaha... lawak siut.. Agak-agak la nak tahan mamat tue daripada score gol, sampai tahap macam nak rogol budak tengah padang....

                                    Kikiki... Apapun halangan dan rintangan, akhirnya Sterling masih lagi dapat menjaringkan gol...

                                    hahahha... Memang epik...








                                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                      Labels: