Thursday, October 16, 2014

Indian Super League - Apa yang kita tak tahu (Part II)


Ok, bersambung di Part II pula. Dalam Part I, kita da dapat info ringkas mengenai Indian Super League dan juga Indian Premier League. Sekarang kita terjah lebih khusus kepada Indian Super League. 
TeamStadiumCapacity
Atlético de KolkataSalt Lake Stadium68,000
ChennaiyinJawaharlal Nehru Stadium (Chennai)40,000
Delhi DynamosJawaharlal Nehru Stadium (Delhi)60,000
GoaFatorda Stadium24,000
Kerala BlastersJawaharlal Nehru Stadium (Kochi)55,000
Mumbai CityDY Patil Stadium55,000
NorthEast UnitedIndira Gandhi Athletic Stadium35,000
Pune CityShree Shiv Chhatrapati Sports Complex22,000
Berdasarkan dari kelab-kelab di atas, agaknya lah, kenapakah Stylo Sport cuba selidik liga ini?

Adakah sebab adanya superstar seperti gambar acik kat sebelah ni?

Kalau acik ni, memang tak payah nak bagitau. Sambil gosok gigi pun boleh bunuh 100 orang. Memang power acik sebelah ni.





Untuk makluman, kelab-kelab di ISL ni memang bukan calang-calang. Kenapa kami kata begitu? Kerana salah satu kelab di ISL ini iaitu Atlético de Kolkata merupakan kelab di bawah naungan kelab Sepanyol iaitu Atletico Madrid. Boleh baca DI SINI. Bayangkan, macam mana Atletico Madrid boleh ambil kelab di ISL ni menjadi kelab naungannya? Kenapa tidak pilih Malaysia? Sedangkan Malaysia berada di ranking yang lebih baik.

OK...kita cuba selidik satu per satu kelab ini. Mana tau tiba-tiba Malaysia pun boleh implement cara ISL ini. Itupun kalau FAM bersedia memajukan bola sepak. KALAU......

Atlético de Kolkata
Atletico Kolkata FC.png
- Kelab di bawah naungan Atletico Madrid
- di tubuhkan pada 7 Mei 2014.
- di punyai oleh Kolkata Games and Sports Pvt. Ltd yang turut di punyai oleh Sourav Ganguly (bekas pemain kriket India), Ahli perniagaan Harshavardhan Neotia dan Sanjiv Goenkaand dan juga kelab Sepanyol Atlético Madrid.
- di uruskan oleh bekas pengurus Bolivia dan Valencia, Antonio López Habas
- menandatangani bekas pemain Real Madrid, Borja Fernández dan bekas pemain Liverpool dan Atletico Madrid, Luis García


Chennaiyin
Chennaiyin FC Logo.jpg
- di punyai oleh pemain kriket India, Mahendra Singh Dhoni dan pelakon Bollywood, Abhishek Bachchan
- menandatangani pemain berprofil tinggi iaitu Marco Materazzi, Mikaël Silvestre, Bernard Mendy dan Elano


Delhi Dynamos
Delhi Dynamos FC Logo.svg

- di punyai oleh syarikat televisyen dan komunikasi India, DEN TV Network
- di bawah naungan kelab Feyenoord
- menandatangani Alessandro Del Piero sebagai pemain


FC Goa
Football Club Goa.png

- di punyai oleh ahli perniagaan India, Venugopal Dhoot (orang ke-38 terkaya di India dengan kekayaan $1.25 billion) dan juga di punyai oleh pemain kriket India, Virat Kohli
- melantik pengurus dari Brazil, iaitu Zico yang banyak menaikkan pasukan yang diuruskannya
- menandatangani Robert Pires sebagai pemain berprofil tinggi

Kerala Blasters
Official Logo
- di punyai oleh 2 pemain kriket India, Sachin Tendulkar dan Prasad V Potluri
- menandatangani David James sebagai pemain dan pengurus

Mumbai City
Mumbai City FC.png

- di punyai oleh pelakon Bollywood, Ranbir Kapoor dan juga akauntan, Bimal Parekh
- menandatangani pemain berprofil tinggi iaitu Nicolas Anelka, Fredrik Ljungberg dan Manuel Friedrich
- melantik Peter Reid sebagai pengurus dan Steve Darby (bekas pengurus Johor, Perak dan Kelantan) sebagai penolong pengurus


NorthEast United
NorthEast United FC Logo.svg

- di punyai oleh pelakon Bollywood, John Abraham
- menandatangani pemain berprofil tinggi iaitu Joan Capdevila


Pune City
FC Pune City.png

- di punyai oleh pelakon Bollywood, Hrithik Roshan, Wadhawan Group dan kelab bola Itali ACF Fiorentina
- menandatangani pemain berprofil tinggi iaitu David Trezeguet, Adrian Mutu


Pengurus kelab dan kapten kelab
TeamHead coachCaptainKit manufacturerShirt sponsor
Atlético de KolkataAntonio López HabasLuis García[11]Umbro[12]Aircel[13]
ChennaiyinMarco MaterazziBojan Djordjic[14]TYKAOzone Group[15]
Delhi DynamosHarm van VeldhovenMads JunkerLottoFreecharge
GoaZicoTBAAdidas[16]Videocon D2H[17]
Kerala BlastersDavid JamesPenn OrjiPuma[18]Muthoot[19]
Mumbai CityPeter ReidSyed Rahim Nabi[20]TBAJabong.com[21]
NorthEast UnitedRicki HerbertMiguel GarciaAdidas[22]HTC[23]
Pune CityFranco ColombaDavid TrezeguetDida[24]DHFL,Pramerica
Pemain berprofil tinggi
TeamMarquee
Atlético de KolkataSpain Luis García
ChennaiyinBrazil Elano
Delhi DynamosItaly Alessandro Del Piero
GoaFrance Robert Pirès
Kerala BlastersEngland David James
Mumbai CitySweden Fredrik Ljungberg
NorthEast UnitedSpain Joan Capdevila
Pune CityFrance David Trezeguet
Secara ringkasnya, majoriti pemilik kelab bola ini ialah pelakon Bollywood yang terdiri dari Abhishek Bachchan, Ranbir Kapoor, John Abraham dan Hrithik Roshan dan juga pemain kriket India iaitu Sourav Ganguly, Mahendra Singh Dhoni, Virat Kohli, Sachin Tendulkar dan Prasad V Potluri.

Kelab ini juga telah mendapat naungan kelab besar Eropah iaitu Atletico Madrid, Fayenoord dan juga Fiorentina. 

Selain itu mereka sedaya upaya mendapatkan pengurus berprofil tinggi seperti Zico yang telah menaikkan mutu bola sepak Jepun sebelum ini.

Apa yang menarik lagi, setiap kelab ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain bola berprofil tinggi. Ianya bertujuan untuk menarik minat penonton supaya liga ini lebih menarik. Dan tentunya gaji mereka juga semestinya lumayan. Kelab bola ini juga adalah milik persendirian. Dan bukannya di bawah kelolaan badan sukan India. Mereka hanya mengikuti garis panduan dari Persatuan Bola Sepak India dan tentunya dana bagi kelab mereka, di uruskan oleh pemilik itu sendiri. Situasi yang sangat sukar akan berlaku jika pemilik itu mengalami masalah kewangan namun harus di ingat, pemilik boleh menjual kelab mereka bagi memulihkan dana kelab itu.

Persoalannya, jika kelab di India mampu menaikkan mutu bola sepak mereka, dengan menggajikan pemain yang bertaraf dunia (walaupun kuda tua) dan juga pengurus yang memang berprofil tinggi, bila lagi Malaysia? Dan sekarang hanya JDT sahaja yang telah mengorak langkah mengubah situasi bola sepak Malaysia dengan mengambil pemain import luar yang berprofil tinggi (walaupun hanya pinjaman) demi kelangsungan bola sepak Malaysia. Dan JDT jiga telah mengubah persepsi bahawa dengan ketokohan dari golongan atasan suasana bola sepak itu boleh berubah dalam masa yang singkat dan tidak perlu mengambil masa berpuluh tahun untuk menukar suasana bola sepak negara.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget