Tuesday, October 14, 2014

30 keping jer untuk penyokong Terengganu.

 

Hahahahaha... Apa punya logik daaa yang PBNJ fikir nie haaa... Agak-agak la kalau tak mau bagi Terengganu menang sekali pun. Kalau nak menang, biar bermaruah. Aku bukan nak kutuk pasukan JDT, tapi aku nak cakap kat pengurusan yang menguruskan agihan tiket, korang nie, buat kerja ikhlas ker tak nie?

Tapi selepas beberapa jam kemudian, pihak pengurusan tiket PBNJ mungkin berasa impak tekanan apabila surat ini bertebaran di lama-lama sosial. Yang rata-ratanya mengutuk tindakan tidak wajar PBNJ tersebut. Dan kemudian, keluar surat kedua, dan kali ini jomlah tiket telah bertambah sebanyak 70 keping menjadi 100 keping keseluruhan.

Aduh.... Itulah. Kang bila aku kutuk, nanti korang cakap, "Haters memang gitu", tapi korang pikir logik ker tak nie. 100 keping tiket? agak-agak cukup tak? Aku buat jemputan kawen pun banyak lagi tau dak...

Haih....

Wahai PBNJ, tolong lah berpijak pada bumi yang nyata. Kami faham, mungkin sebelum-sebelum ini ada perkara-perkara yang tidak menyenang kan berlaku, terutamanya kepada pihak pengurusan mahupun pasukan, tapi dalam situasi ini, tolonglah bertingak lebih profesional. Tak kisah la sama ada nak bagi sedikit atau terlebih banyak, tapi sekurang-kurangnya berpadanan. Kalau tempoh hari kalau kat Terengganu bagi tiket 1000 keping, korang balas la balik dengan 1000 keping. Kalau kat Terengganu bagi 500 keping, korang bagi la 500 keping juga. Tapi, kalau 30 keping, 100 keping, agak-agak logik ker tak?

Haih...

sumber gambar: UTUSAN

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    0 Comments:

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home