Tuesday, August 5, 2014

[Video Highlight] Manchester United 3 - 1 Liverpool (International Champions Cup)

Louis van Gaal telah memperlihatkan kekuatan Manchester United bagi musim 2014/15 ini dengan memenangi trofi pertamanya iaitu International Champions Cup. Skuad van Gaal yang mengadakan perlawanan pra musim di US telah memenangi semua perlawanan ICC dengan mengalahkan LA Galaxy 7 - 0, Roma 3 - 2, Inter Milan 0 - 0 (5-3), Real Madrid 3 - 1, dan seteru utama Liverpool 3 - 1.

Van Gaal juga memberikan ruang kepada pemain baru dan lama untuk menonjolkan prestasi mereka sebelum dia membuat pemilihan terakhir kesebelasan utama. Bagi peminat Manchester United, ini adalah permulaan yang baik setelah di hantui bayang-bayang Moyes dan harapan menggunung peminat Red Devils untuk memenangi Liga EPL musim ini.

Pada perlawanan ICC ini, gol-gol United di jaringkan oleh Rooney (minit 55), Mata (minit 57) dan Lingard (minit 88). Manakala gol pembukaan di jaringkan Gerrard menerusi sepakan penalti pada minit ke-14 setelah Sterling di jatuhkan oleh Jones.

Sterling down by Jones


Rooney

Mata





Lingard


Recent Comments Widget