Sunday, August 3, 2014

Sabina Altynbekova: Apabila ahli sukan lebih cantik daripada artis




Apabila seorang atlet sukan lebih cantik dan lebih menarik daripada artis (especially wanita), sudah pasti ianya menjadi buruan media. Media mula memandang kelebihan pada raut wajah dan figure, berbanding pada bakat sukan.



Buktinya, kita dapat lihat apabila nama pemain bola tampar Kazakhtan, Sabina Altynbekova menjadi fenomena media. Media memandang Sabina dengan penuh asyik, hanya pada raut wajahnya, bukan pada sukan yang diterajuinya.


Secara jujurnya, memang Sabina ni cun gila pun. Baru berumur 17 tahun tapi digilai jejaka Asia. Bukan ja lelaki Asia ja minat, tapi yang menulis pasal cerita ni pun terpikat jugak. Hahaha.


Nama Sabina Altynbekova ni naik sebab dia main Kejohanan bola tampar Under-19 di Taiwan. Mana tak popular, facebook fan page pun sampai 200,000 orang 'like', akaun twitter pulak sampai 41,000 orang followers. Sekarang ni pun aku tak tau la banyak mana dah orang 'like' dia ni. Instagram lagi la padu, sampai 300,000 orang follower. Gila tak gila penangan Altynbekova ni. Dahsyat!




Bagi aku la kan, atlet sukan wanita yang betul-betul aku kenal dan memang hebat dalam sukan pun hanya atlet lompat galah Russia ja, iaitu Yelena Isinbayeva. Begitu banyak rekod yang Isinbayeva buat. Yang lain-lain tu kenal la jugak, cuma secara tiba-tiba ja media selongkar Sabina Altynbekova ni habis-habisan. Memang viral gila Sabina ni.




Walaupun raut wajah tu cantik, tetapi kami di stylo sport mempunyai prinsip tersendiri. Bagi aku, bakat sukan perlu lebih diberikan perhatian. Nama-nama besar seperti David Beckham dan Cristiano Ronaldo terlebih dahulu terkenal kerana kehebatan mereka dalam sukan bola sepak berbanding ke'hensem'an mereka. Jika Sabina mementingkan performance sukan, raut wajah tu akan menjadi bonus untuk kejayaan dalam sukan bola tampar ini.




Undeniable beauty, tu ja yang boleh aku cakap. Orang-orang area Kazakhtan sana memang cun-cun gila. Tapi, seperti lagu Jamal Abdillah, siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat, betul tak? Hehehe~

-sumber gambar: facebook.

-bergkamp-




Recent Comments Widget