Tuesday, August 19, 2014

Terima kasih Tengku Abdullah..

Bagi aku, itulah yang sepatutnya. Adalah berpatutan dan berpadanan keputusan yang dibuat oleh Tengku Abdullah mengenai keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Oktober ini. Bukan apa, beban dan tanggungjawab yang dipikul, bagi aku macam overload sebab beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Oleh itu, aku menyokong tindakan beliau untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut. Mudah-mudahan, dengan tumpuan yang lebih kepada FAM, maka diharapkan akan berlaku peningkatan dan kemajuan dalam sukan bola sepak Malaysia.

Terima kasih atas jasa Tengku Abdullah sebagai Presiden MHC...

KUALA LUMPUR - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan mengejut semalam apabila mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu Oktober ini.
Beliau yang turut dicalonkan untuk jawatan Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagaimanapun menafikan keputusannya itu dibuat kerana kecewa dengan prestasi kurang meyakinkan skuad hoki kebangsaan kebelakangan ini.
Menurut Tengku Abdullah, beliau mahu memberikan laluan buat individu lain menyandang jawatan No.1 MHC itu pada penggal akan datang selepas menyandangnya untuk tempoh dua penggal sebagai presiden.
"Saya sudah terlalu lama menyandang jawatan ini malah saya juga amat puas hati dengan pencapaian hoki sepanjang berada di bawah pimpinan saya, kini sudah tiba masa untuk saya mengosongkan posisi Presiden MHC pada AGM akan datang kerana ini adalah sebahagian daripada perancangan saya.
"Setakat ini saya belum mendapat gambaran siapa calon sesuai untuk menyandang jawatan Presiden MHC dan kalau boleh biarlah orang itu mempunyai jiwa yang besar dalam sukan hoki selain mempunyai kewangan kukuh," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi MHC di sini semalam.
Tengku Abdullah yang dipilih memegang kerusi panas tersebut daripada Tan Sri Anwar Mohamed Nor pada 2008 berjaya menguruskan badan induk sukan hoki tersebut dengan baik sepanjang berada di bawah pimpinannya.
Malah Tengku Abdullah turut diberikan kepercayaan menerajui MHC pada penggal 2010-2014 selepas menang tanpa bertanding.
Antara pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Tengku Abdullah dalam MHC ialah menggabungkan hoki lelaki dan wanita di bawah satu bumbung pada 2012.
Sementara itu, ditanya berhubung statusnya yang dicalonkan untuk jawatan Presiden AHF, Tengku Abdullah hanya memberitahu semuanya terserah atas sokongan ahli ke atasnya.
"Jika mereka memilih saya, saya akan membantu dan saya tiada apa-apa makluman terkini berhubung pemilihan tersebut.
"Sekiranya saya tiada dalam MHC saya masih boleh membantu jika diperlukan," kata Tengku Abdullah.
Tengku Abdullah dianggap calon paling popular untuk mengisi kerusi Presiden AHF, apatah lagi dengan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Keputusan mengenai pemenang jawatan presiden AHF akan diumumkan dalam kongresnya yang dijadual berlangsung 31 Ogos ini di Kuala Lumpur.

-luis Garcia-



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget