Monday, August 25, 2014

Jose Mourinho: Mario Balotelli memeningkan...

Apabila klausa mengenai sikap Balotelli perlu dikawal, diperkenalkan,  maka ada orang tertanya-tanya, kenapa ia perlu diletak dalam perjanjian perpindahan Balotelli untuk ke Liverpool. Namun, umum mengetahui sikap Mario Balotelli yang sememangnya sentiasa mempunyai masalah kepada setiap kelab yang disertainya, daripada Inter Milan, Manchester City mahupun AC Milan.

Tidak dinafikan keupayaan Mario Balotelli daripada segi permainannya, jaringannya malah keupayaannya untuk menewaskan pihak lawan daripada segi tubuh badan, rembatan  malah melalui tandukan.


Terkini, Jose Mourinho melabelkan Mario Balotelli tidak dengar cakap dan keras kepala. Dan sangat-sangat memeningkan untuk menguruskan seorang pemain Itali berkulit hitam ini. Malah banyak perkara yang terpaksa dilakukan untuk memastikan Mario Balotelli mendengar arahan dan sentiasa menurut perintah.

Mengingat kembali peristiwa ketika perlawanan Inter Milan bertemu Rubin Kazan, di Champions League,

"Ketika kami bertandang ke Rubin Kazan, kesemua penyerang Inter Milan mengalami kecederaan. Tiada Diego Milito, tiada Samuel Eto'o. Saya betul-betul menghadapi masalah ketika perlawanan itu. Malah Mario telahpun mendapat kad kuning pada minit ke 42."


"Semasa rehat separuh masa pertama, saya menghabiskan masa 14-15 minit hanya bersama Mario untuk mengingatkan agar dia menjaga permainannya kerana dia telah mengutip kad kuning dan pasukan sudah tidak mempunyai penyerang."

"Saya berkata, Mario, Saya tidak dapat mengubah kamu. Saya tiada penyernag lagi di bangku simpanan, jadi tolong jaga permaianan kamu, jangan bertindak diluar batasan dika di provokasi. Jika hilang bola, jangan bertindak kasar untuk mendapatkan kembali bola. Jika pengadil buat kesilapa ketia perlawanan, jangan bertindak keatas pengadil."

"Kemudian, bermula permainan untuk separuh masa kedua. Pada minit ke 46, Mario dikenakan kad merah." ujar Jose Mourinho sambil menggelengkan kepala.


-luis Garcia-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget