Friday, August 22, 2014

Ice Bucket Challange - Fenomena baru dunia sukan dan bukan sukan


Cabaran ALS Ice Bucket Challange telah menjadi viral dengan semua orang tidak kira selebriti, bukan selebriti, orang kebanyakan dan terbaru menteri juga terlibat.

Apa sebenarnya cabaran ini?

Bagi mereka yang tidak pernah atau belum tahu lagi ALS Ice Bucket Challange sebenarnya adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada umum tentang penyakit amyotrophic sklerosis lateral (ALS) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig. 

Penyakit ini juga di kenali sebagai Motor Neuron Disease yang mana menyebabkan otot-otot badan gagal berfungsi dengan baik dan mengakibatkan pesakit mengalami kesukaran untuk bercakap, menelan, bernafas dan  aktiviti yang melibatkan otot.

Siapakah yang memulakan cabaran ini?

Cabaran ini mula terkenal pada tahun 2013 di mana ia di mulakan di sebelah utara Amerika Syarikat. Pada ketika itu, ia di kenali sebagai "Cold Water Challenge" yang mana ais akan di tuang ke kepala seseorang untuk mengutip derma bagi kegunaan pesakit kanser.

Setelah video ini mula tersebar, ia di perkenalkan di televisyen di  Amerika Syarikat menerusi satu slot yang di kenali sebagai Morning Drive. Ia kemudiannya menjadi lebih popular apabila pemain golf,  Chris Kennedy mula mencabar sepupunya yang mana suami kepada sepupunya mengalami penyakit ALS ini dan mula menjadi viral.

Bagaimana cabaran ini di lakukan?

Cabaran ini mengkehendaki seseorang untuk menuang ais di dalam baldi ke kepalanya dan menamakan orang lain untuk menyahut cabaran ini.

Mereka yang telah di cabar tadi akan membuat perkara yang sama dalam masa 24 jam dan mendermakan sebanyak $10 atau nilai bersamaan ais di dalam baldi kepada persatuan ALS. Jika orang itu menolak, dia perlu menderma sebanyak $100.

Siapa yang telah terlibat?






Chris Pratt,Anna Wintour, David Beckham, Cheryl Cole, George Bush, Lady Gaga, Mark Zuckerberg, Justin Bieber, Oprah, Bill Gates, Darren Fletcher, John Terry, Marcelo dan ramai lagi.

Obama juga telah di cabar oleh Ethel Kennedy, namun menolaknya dan mendermakan $100.


Di Malaysia, Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaludin telah menyahut cabaran ini dan menamakan Datuk Nicol dan Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan dan juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.




p/s: Siapa dekat sini berani buat??!! Jom kita try test



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget