Tuesday, August 5, 2014

EPL Fantasy Football


Dengan kembalinya EPL kali ni, Stylo Sport sekali lagi menjemput semua kaki bola yang mempunyai keberanian yang tinggi dan mempunyai sifat kesukanan untuk bertanding sesama sendiri termasuk admin sekali. 

Walaupun pada peringkat permulaan agak hambar semasa kami menganjurkan World Cup Fantasy. Tetapi kami yakin bahawa EPL kali ini mempunyai aura tersendiri. Atas risikan melalui skuad risikan kami, ramai yang tidak menyertai World Cup Fantasy kerana perlu update team sentiasa. 

Cerita banyak tak guna kan? Bagi mereka yang dah biasa dengan Fantasy ni, memang akan tetap bertarung walaupun badai menjelma. Kepada anda semua yang mengaku kaki bola dan baru nak mengaku kaki bola (kaki bangku pun boleh join gak), marilah menyahut seruan kami!!! SERTAI KAMI DI STYLO SPORT LEAGUE.

Sertai Liga kami dengan mengisi kod liga ini: 1010685-240981. Sebelum itu, anda perlu mendaftar di http://fantasy.premierleague.com/.

Kita lihat siapa yang hebat. Adakah anda yang kami cari?



p/s : Berkemungkinan pada akhir musim Admin akan memberikan hadiah kepada juara (insya allah). Doakan kami.
Recent Comments Widget