Tuesday, August 12, 2014

Eliaquim Mangala, pertahanan bernilai £32juta. Termahal di EPL.

Sebelum ini, rekod perpindahan termahal untukseorang pertahanan adalah sebanyak £30 juta dipegang Rio Ferdinand ketika beliau berhijrah daripada Leed United ke Manchester United. Kini Eliaquim Mangala menerajui kerod terbaru dengan yuran perpindahan £32juta daripada FC Porto ke Manchester City.


Mangala menandatangani persefahaman bersama Manchester City selama 5 tahun. Mangala yang merupakan pemain Perancis, akan bersama rakan -rakannya seperti Sagna, Nasri dan Clichy dalam pasukan Manchester City. Walaupun Mangala merupakan pemain kebangsaaan Perancis, namu pada kejohanan Piala Dunia yang lalu, Mangala tidak dapat bermain satu perlawanan pun bersama Perancis.

Mangala walaupun dilahirkan di Paris, namun ketika berumur 5 tahun, beliau berhijrah ke Belgium dan situ karier bola sepak beliau bermula. Memulakan karier profesional bersama Standard Liege sebagai penyerang, namun posisi beliau ditukar kepada pertahanan. Daripada situ, Mangala dilihat lebih berpotensi dan banyak diintai oleh kelab-kelab ternama lain. Namun, FC Porto menjadi batu loncatan Mangala ketika berhijrah ke situ dengan nilai perpindahan sebanyak £6 juta sahaja.
Dengan perpindahan Eliaquim Mangala ke Manchester City, Mungkin isu berkenaan pertahanan tengah dapat dikurangkan. Malah Mangala dilihat akan berganding bahu bersama Vincent Kompany dibahagian pertahanan tengah Manchester City.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget